Tambah RM10 untuk naik taraf kelajuan Unifi dengan HyppTV Jumbo Pack

Jika anda pengguna Unifi, mungkin anda menerima SMS dari Unifi hari ini. Ia menyatakan tentang tawaran untuk menaik taraf kelajuan Unifi anda, dengan syarat.

Alex dari SoyaCincau.com telah menerima SMS tawaran dari Unifi sebentar tadi, seperti gambar di bawah ini.

Beliau merupakan pelanggan Unifi yang melanggan pakej 10Mbps berharga RM149 sebulan. Pakej ini merupakan naik taraf yang diterimanya awal tahun ini, dari pakej asal 5Mbps.

Tawaran SMS ini bermaksud, dengan tambahan hanya RM10 ataupun RM159 sebulan, beliau boleh menikmati kelajuan 30Mbps bersama HyppTV dengan Jumbo Pack. Jika anda pelanggan VIP5 yang menerima naik taraf ke 10Mbps sebelum ini, anda akan turut menikmati panggilan tanpa had.

Menarik kan tawaran ni?

Tetapi ada syarat-syaratnya. Beliau telah menghubungi TM untuk mendapatkan penjelasan dan diberitahu, tawaran ini adalah benar. Tetapi, jika beliau bersetuju untuk menerima tawaran naik taraf ini, kontrak beliau akan diperbaharui lagi 24 bulan.

Tidak pasti pula sama ada tawaran ini terbuka kepada semua, atau mungkin diberikan kepada beberapa pengguna terpilih sahaja.

Tetapi jika anda bukan pelanggan TM Unifi, anda boleh cuba meneliti tawaran akhir tahun TM yang diumumkan awal bulan ini. Ia memberikan penjimatan sehingga RM90 sebulan.

10Mbps UniFi Lite – RM129 (tiada perubahan)
30Mbps UniFi Advance – RM199 RM139 (Jimat RM60)
50Mbps UniFi Advance Plus – RM249 RM189 (Jimat RM60)
100Mbps UniFi Pro – RM329 RM239 (Jimat RM90)

Adakah anda menerima SMS dari Unifi berkenaan tawaran naik taraf RM10 ini? Atau anda ada menerima tawaran yang lain? Kongsikan dengan kami.