Perbandingan Pelan Telco Yang Tawarkan iPhone X

Empat telco utama negara sudahpun memulakan sesi tempahan pembelian telefon terhangat masa ini, Apple iPhone X, bermula 17 November yang lalu. iPhone X akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 24 November ini pada harga RM5,149 (64GB) dan RM5,899 (256GB).

Untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya RM5,000 daripada poket amatlah menjerihkan. Maka, kehadiran telco menawarkan pembelian telefon ini kontrak boleh membantu anda memiliki telefon idaman.

Antara kelebihan pembelian menerusi telco adalah seperti:

  • Pembelian telefon pada harga subsidi
  • Pembelian telefon secara ansurans
  • Telefon dipadankan dengan pakej telekomunikasi

Untuk anda yang tidak mahu mengeluarkan belanja sekali gus untuk memiliki telefon ini, anda boleh jadikan artikel ini sebagai panduan. Mari kita lihat perbandingan tawaran telco yang memberikan subsidi pada telefon ini.

Komitmen bulanan RM78 hingga RM108

 

Komitmen bulanan RM128 hingga RM138

 

Komitmen bulanan RM148 hingga RM188

Analisis

Dalam jadual di atas, kami menghimpunkan kesemua 12 tawaran pemilikkan sebuah iPhone daripada empat telco iaitu Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile. Tiga perkara utama yang akan anda pelajari melalui jadual ini adalah:

  1. Faedah setiap pelan yang ditawarkan
  2. Harga telefon bersubsidi.
  3. Jumlah yang anda belanjakan diakhir kontrak untuk memiliki iPhone X.

4 telco menyertai kempen tempahan ini masing-masing menyediakan 3 pelan telekomunikasi, kecuali Celcom 4, yang memiliki komitmen bulanan dalam julat RM78 hingga RM138.

Digi menawarkan pelan yang termurah dengan komitmen bulanan RM78. Melalui pelan ini, anda mampu memiliki iPhone X pada harga RM3,895 (64GB) dan RM4,555 (256GB). Sungguhpun harga peranti yang ditawarkan pada pelan ini adalah yang paling tinggi dalam jadual ini, pada akhir kontrak, anda membelanjakan jauh lebih sedikit berbanding pelan yang lain.

Salah satu ciri unik dalam tawaran pascabayar Digi adalah membawa data ke kitaran bulan berikutnya jika tidak habis digunakan. Anda boleh membawa sehingga 3GB data ke bulan seterusnya.

Celcom hadir dengan empat pelan yang boleh ditambat pada iPhone X. Sungguhpun begitu, hanya FIRST Platinum Plus memberikan panggilan suara dan SMS tanpa had dan 3 baki pelan hanya menikmati panggilan suara tanpa had tetapi SMS dicaj RM0.20 seunit.

U Mobile satu-satunya telco yang memberikan kuota stream tanpa had melalui i130 Postpaid mereka.

Semua pelan yang ditawarkan oleh Maxis melalui pascabayar MaxisONE menawarkan panggilan dan SMS tanpa had.

Bukan itu saja yang perlu dipertimbangkan

Selain komitmen bulanan dan harga yang dibelanjakan, anda perlu mempertimbangkan kualiti rangkaian yang ingin anda sertai. Kesemua mereka memiliki tahap infrastruktur yang berbeza bergantung pada faktor lokasi dan sebagainya. Maka, tidak menghairankan kualiti liputan setiap telco ini adalah berbeza di lokasi anda.