Taylor’s University dan UNISEL Gah Menangi Kejohanan GSA 2017

Atlet esukan daripada Taylor’s University (TU) dan Universiti Selangor (UNISEL) boleh mendabik dada kerana wakil mereka telah dinobatkan sebagai pemenang sulung Kejohanan Garena Student Alliance (GSA) 2017. Mereka masing-masing menjadi juara dalam permainan League of Legends dan FIFA Online 3 (FO3) dalam kejohanan yang bertempat di Asia Pasific University (APU), Bukit Jalil pada 19 November yang lalu.

Pemenang Fo3 dari UNISEL

Himpunan hadiah bernilai RM62,000 telahpun dibahagikan antara pasukan-pasukan yang berjaya melangkah ke pusingan akhir. Ia termasuklah biasiswa yang bernilai RM6,000 kepada setiap pemain dari TU dan UNISEL.

GSA adalah satu gagasan yang dipacu Garena Malaysa bagi memperkasa industri esukan tanah air. Tiga pancang yang ingin dipasak Garena adalah seperti:

  • Meningkatkan pendedahan pemain Malaysia terhadap industri esukan hingga ke peringkat gobal secara kolektif melalui penubuhan kelab.
  • Menghimpunkan pelajar sekampus yang memiliki minat yang sama untuk bermain bersama.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kehangatan bersaing dengan pemain dari kampus lain.

Kemeriahan GSA 2017 di APU

Untuk GSA 2017, sebanyak 32 universiti telah menyertainya. Adakah universiti anda sudah ada kelab esukan yang bernaung dibawah Garena Malaysia? Jika tak, anda boleh merujuk tentang tatacara penubuhan sebuah kelab esukan di laman rasmi GSA.

BACA  MaxisONE Prime beri internet tanpa had untuk semua ahli keluarga di dalam dan luar rumah