• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom nak jual iPhone X RM100 esok

  • OLEH Najib
  • 3:46 pm
  • 23/11/2017
  • Komen
Perbandingan Kamera iPhone X Dengan Galaxy Note 8, Mate 10 Pro, Dan iPhone 8 Plus
Share on FacebookShare on Twitter

Tengah malam ini bermulalah jualan telefon pintar evolusi terbaru dari Apple. iPhone X akan diedarkan oleh telco kepada tempahan awal dalam pelbagai cara. Tetapi tawaran Celcom ini kelihatan sangat menggiurkan.

Menerusi laman Facebook Celcom, mereka memperlihatkan sebuah gambar yang menyatakan pelancaran iPhone X di Blue Cube Iconic di Sunway Pyramid, serta status bertulis ‘iPhone X hanya RM100? YASSS!’.



iPhone X for only RM100? YASSS! It’s real, hop on over to our launch at Blue Cube Iconic Sunway Pyramid on 24 Nov 2017.

Who’s in for a treat?

Posted by Celcom on Wednesday, 22 November 2017

Tidak pula dinyatakan dengan lebih lanjut bagaimana caranya untuk memperoleh iPhone X hanya RM100, sedangkan harga runcitnya bermula dari RM5,149. Satu yang pasti, ia perlu didaftarkan secara kontrak bersama pelan pascabayar Celcom FIRST.

Mengikutkan sejarah Celcom semasa jualan hari pertama iPhone sebelum ini, mereka yang terawal berada di lokasi berpeluang membeli iPhone dengan harga yang teramat rendah. Jadi, mungkin sekarang adalah masanya untuk mula berkhemah di Sunway Pyramid menantikan pembukaan Blue Cube Iconic pada pagi 24 November.



Celcom telah membuka tempahan iPhone X minggu lepas dan menawarkannya bersama pelan pascabayar FIRST dari serendah RM3,078. Celcom juga menyediakan pelan ansuran Easyphone di mana pengguna membayar harga telefon bersama pelan pascabayar tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak sekaligus.

Tags: appleapple malaysiacelcomiPhone XiPhone X MalaysiaiPhone X RM100
Najib

Najib

POPULAR

Perbandingan Kamera iPhone X Dengan Galaxy Note 8, Mate 10 Pro, Dan iPhone 8 Plus

Celcom nak jual iPhone X RM100 esok

23 November 2017
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN