• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dua kali ganda data tambahan Xpax sampai hujung tahun

  • OLEH Najib
  • 1:10 pm
  • 24/11/2017
  • Komen
Dua kali ganda data tambahan Xpax sampai hujung tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Perlukan lebih data tambahan? Prabayar Xpax oleh Celcom kini memberi dua kali ganda data untuk setiap pembelian data add-ons, atau data tambahan. Tawaran ini diadakan bermula hari ini, 23 November sehingga 31 Disember 2017.

Add-ons yang disediakan Xpax bukanlah data biasa, sebaliknya ia adalah penggunaan aplikasi khas ataupun waktu terhad. Add-ons ini juga disediakan dalam bentuk harian, mingguan atau bulanan.



Dengan RM1 sehari, pelanggan Xpax kini menikmati 2GB data untuk salah satu dari add-ons yang disediakan iaitu Internet Larut Malam (1am-7am), Facebook Walla, Instagram Walla, ataupun internet asas tanpa had dan panggilan tanpa had ke talian Celcom.

Tawaran untuk add-ons yang sama bagi langganan mingguan bernilai RM7 pula kini diberi kuota 20GB, dari 10GB pada asalnya. Begitu juga tawaran add-ons bulanan RM20, kuotanya digandakan dari 15GB menjadi 30GB sebulan.



Tidak ketinggalan juga untuk data khas penstriman Video Walla, ia turut digandakan dalam tempoh promosi ini. Pelan harian RM1 akan menerima 2GB data, pelang mingguan RM7 pula 20GB data dan pelan bulanan RM20 mendapat 30GB data. Untuk Music Walla masih kekal RM1 seminggu tanpa had, atau RM3 sebulan tanpa had.

Xpax kini memberi data percuma Instagram 10GB sebulan untuk mana-mana langganan pelan internet. Untuk pengguna yang memiliki talian aktif, dapat menikmati 10GB data khas Facebook setiap bulan.

Jika anda pengguna data khas yang terdapat di dalam data add-ons Xpax ini, memang seronoklah dapat data berganda sehingga hujung tahun ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Xpax.

Tags: celcomxpaxXpax Add-onsXpax Double Quota
Najib

Najib

POPULAR

Dua kali ganda data tambahan Xpax sampai hujung tahun

Dua kali ganda data tambahan Xpax sampai hujung tahun

24 November 2017
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER