Dua orang wanita berjaya membeli iPhone X pada harga RM10

Bukan seorang, tetapi Celcom menghadiahkan dua orang wanita telefon pintar iPhone X 64GB dengan bayaran hanya RM10. Tetapi kedua-duanya membawa cerita yang berbeza.

Tan Hui Sze adalah pelanggan pertama yang beratur di Blue Cube Iconic, Sunway Pyramid untuk membeli iPhone X pada hari pertama jualan di Malaysia. Cuma, beliau telah berada di situ sejak 4 hari lepas iaitu hari Isnin lagi. Memang tidak sia-sia usaha beliau menanti.

98 hours later, she is still here and in great spirits! The girl who waited in line for 4 nights is here at Blue Cube…

Posted by Celcom on Thursday, 23 November 2017

Manakala wanita kedua, Imee Juiana Tajuddin pula telah pun membuat tempahan awal minggu lepas. Beliau adalah orang yang pertama dalam barisan untuk mengambil tempahan awal.

Tetapi buat mereka yang sedang membaca artikel ini, anda masih berpeluang untuk membeli iPhone X pada harga hanya RM100 di Celcom. Celcom hari ini menyediakan 8 baucer iPhone X 64GB berharga RM100 melalui cabutan bertuah ‘Spin The Wheel‘.

Cuma, tawaran iPhone X 64GB RM100 hanya terdapat di Blue Cube Iconic, Sunway Pyramid hari ini sahaja. Terdapat juga hadiah lain menanti di cabutan bertuah ‘Spin The Wheel’ seperti diskaun RM100, powerbank, kabel dan lain-lain.

iPhone X telah mula dijual di Malaysia bermula hari ini, pada harga RM5,159 (64GB) dan RM5,899 (256GB). Celcom pula menyediakan subsidi untuk membeli iPhone X jika anda melanggan pelan Celcom FIRST bersama kontrak 24 bulan, dari serendah RM3,708. Terdapat juga cara ansuran mudah

Tetapi ia lebih menarik jika anda pergi sendiri ke Blue Cube Iconic, Sunway Pyramid hari ini untuk membeli iPhone X bersama pelan Celcom FIRST kerana banyak hadiah disediakan. Layari laman web Celcom untuk maklumat lanjut.