Malaysia paling cepat hantar tempahan iPhone X

Hari ini adalah hari pertama penjualan telefon pintar Apple iPhone X di Malaysia. Pelbagai tawaran telah pun dikeluarkan syarikat telekomunikasi. Tetapi jika anda hanya mahu membeli iPhone X tanpa kontrak pelan, laman web Apple Malaysia merupakan salah satu destinasi untuk membelinya dalam talian.

Lebih menarik lagi, Apple Malaysia dilihat boleh menghantar iPhone X yang ditempah di laman webnya lebih pantas dari stor Apple negara lain. Akan keluar dihantar dalam 1-3 hari bekerja.

Jika disemak negara lain, ianya akan dihantar paling cepat pun dalam masa seminggu. Singapura, Taiwan, Australia dan China, masing-masing menyatakan penghantaran dalam masa 1 ke 2 minggu. Australia pula secepat 4 Disember, lebih dari seminggu.

Bangga tak dengan kepantasan Apple Malaysia ini?

Walaubagaimanapun, penulis melihat stok iPhone X di Malaysia agak banyak. Anda boleh membelinya terus dari pengedar sah Apple di Malaysia seperti Machines, Mac City, Mac Studio dan Switch. Selain itu, 4 telco utama iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile turut menjualnya bersama pelan mereka.

Terdapat banyak pilihan untuk anda mendapatkan iPhone X di Malaysia tanpa perlu lama menunggu. Persoalan yang lebih penting, cukup tebal ke dompet tu?

Tetapi sebelum membeli iPhone X tu, apa kata semak dulu perbandingan kamera yang kami buat antara 4 telefon flagship di sini:

BACA  Nak beli barang di Lazada, tangkap gambar je