• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beli Galaxy Note FE sekarang dan mula bayar lepas 3 bulan

  • OLEH Najib
  • 2:23 pm
  • 27/11/2017
  • Komen
Beli Galaxy Note FE sekarang dan mula bayar lepas 3 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Pengganti Galaxy Note7 iaitu Galaxy Note Fan Edition (Note FE), boleh anda miliki tanpa perlu membayar sesen pun untuk 3 bulan pertama. Promosi ini sedang dijalankan oleh Maxis menerusi program Zerolution dari sekarang sehingga 15 Januari 2018.

Dengan Maxis Zerolution, anda boleh terus membawa pulang peranti pilihan tanpa perlu membayar sebarang wang pendahuluan. Ia merupakan program pemilikan peranti secara ansuran oleh Maxis, di mana pengguna membayar harga peranti dalam masa 24 bulan.



Tetapi khas untuk telefon pintar Samsung Galaxy Note FE, pengguna bukan sahaja tidak perlu membayar wang pendahuluan, malah dikecualikan dari bayaran bulanan selama 3 bulan. Penjimatan sehingga RM300 diberikan oleh Maxis untuk tawaran ini.

Maxis menawarkan peranti ini bersama tiga pelan pascabayar MaxisONE. Dengan pelan MaxisONE 128, pengguna perlu membayar harga peranti sebanyak RM100 sebulan. Bermakna, tiada bayaran selama 3 bulan pertama memberi penjimatan sebanyak RM300. Baki bayaran selama 21 bulan menjadikan pengguna perlu membayar RM2,100 untuk harga keseluruhan peranti.



Jika melanggan pelan MaxisONE 158 pula, bayaran bulanan peranti adalah RM85 dengan penjimatan sebanyak RM255 selama 3 bulan. Pelan MaxisONE 188 pula memerlukan bayaran RM70 sebulan bagi peranti, menjadikan jumlah penjimatan RM210 selama 3 bulan.

Bagaimanapun, bayaran bulanan yang disebutkan di atas adalah untuk peranti sahaja. Langganan pelan dicaj berasingan. Selain itu, untuk layak menerima rebat 3 bulan ini pengguna perlu menunjukkan bukti bil selama 3 bulan dari mana-mana telco dengan purata penggunaan RM80 sebulan.

Galaxy Note FE dijual di Malaysia pada harga RM2,599. Maxis menyediakan dua warna pilihan dalam tawaran ini iaitu Hitam dan Biru. Untuk maklumat lanjut, layari laman tawaran Galaxy Note FE bersama Maxis Zerolution.

Tags: Galaxy Note FEmaxisMaxis Zerolutionsamsungsamsung galaxy note fesamsung malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Beli Galaxy Note FE sekarang dan mula bayar lepas 3 bulan

Beli Galaxy Note FE sekarang dan mula bayar lepas 3 bulan

27 November 2017
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN