Flagship Honor Terbaru Miliki Spesifikasi Seakan Mate 10 Pro

Setiap flagship Huawei pasti akan ada pesaingnya dari keluarga honor dan kali ini ia adalah honor V10. Ia dijadualkan akan diperkenalkan kepada umum pada 28 November 2017 ini di China. Dari laman Web TENAA, telahpun mengandungi maklumat terperinci telefon itu termasuklah gambarnya.

Seperti honor 7X yang kami laporkan dulu, Honor V10 turut menggayakan skrin 18:9 pada badannya. Namun begitu, honor masih menyediakan ruang untuk pengimbas cap jari berada di depan. Untuk paparan, honor V10 diberikan panel LCD dengan resolusi HD+ penuh.

Terpateri pada papan utama telefon ini adalah pemproses Kirin 970 yang boleh ditemui pada telefon siri Mate 10. Ia bergandingan dengan RAM sebesar 6GB dengan storan sekurang-kurangnya 64GB.

Konfigurasi dwi kamera belakang digunakan pada honor V10 dengan kamera pertama menerima sensor 20MP manakala kamera skunder 16MP. Kamera depan pula diberikan sensir 13MP. Segala kelengkapan elektronik pada telefon ini dikuasakan sekeping bateri berkapasiti 3,650mAh.

Huawei Mate 10 dijual pada harga RM2,699 semasa dilancarkan. Jika sampai ke Malaysia, kami jangkakan yang ia akah sedikit lebih murah daripada Mate 10.

[Sumber: TENAA]

BACA  Laptop sejari Huawei dijadual tiba di Malaysia bulan ini