• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Merah dan Swarovski pilihan eksklusif OPPO F5 6GB?

  • OLEH Najib
  • 6:31 pm
  • 27/11/2017
  • Komen
Merah dan Swarovski pilihan eksklusif OPPO F5 6GB?
Share on FacebookShare on Twitter

Awal bulan ini, OPPO Malaysia melancarkan telefon pakar selfie terbaru mereka OPPO F5. Ia juga cubaan pertama OPPO dengan skrin bernisbah 18:9 di Malaysia. Tidak lama lagi, versi yang lebih hebat akan tiba.

OPPO telah memperlihatkan di laman web, Facebook serta mengeluarkan jemputan ke majlis pelancaran OPPO F5 6GB Red Edition di Malaysia yang akan diadakan pada 6 Disember 2017. Tempahan turut akan mula dibuka selepas pelancaran ini.



OPPO Malaysia telah membuat laman kira turun masa tempahan, . Harganya masih tidak diberitahu tetapi menyatakan hadiah misteri akan diberi kepada 1,000 tempahan pertama.

Di India, OPPO F5 4GB telah dijual pada harga INR19,990 (~RM1,272) manakala OPPO F5 6GB pula berharga INR24,990 (~RM1,591). Malaysia pula menjual OPPO F5 4GB pada harga RM1,298. Boleh dianggarkan harga OPPO F5 6GB akan menjadi RM1,598.



Tiada perbezaan besar jika dibandingkan dengan OPPO F5 sebelum ini, melainkan RAM menjadi 6GB dan storan digandakan kepada 64GB. Selain itu, OPPO mahu memberikan warna merah eksklusif kepada OPPO F5 6GB, berbanding warna Emas dan Hitam pada model OPPO F5 4GB.

Satu perkara yang menjadi tanda tanya adalah cop Swarovski yang terdapat pada kad jemputan pelancaran OPPO F5 6GB. Adakah telefon pintar ini bakal dihiasi kristal Swarovski atau ia datang bersama aksesori bertatahkan kristal Swarovski?

Perkara ini nampaknya akan terjawab di majlis pelancaran kelak, yang akan diadakan pada 6 Disember 2017.

Untuk imbasan semula, OPPO F5 memiliki skrin 6.0-inci bernisbah 18:9 dengan resolusi 2160×1080. Kamera hadapannya menggunakan sensor 20MP f/2.0 dengan bantuan kecantikan AI, manakala kamera belakangnya 16MP f/1.8.

Kuasa dalamannya digerakkan oleh cip Mediatek MT6737T 8-teras, bersama pilihan RAM dan storan antara 4GB/32GB dan 6GB/64GB. Ia memiliki bateri sebesar 3,200mAh tetapi tidak disertakan pengecas pantas VOOC.

Boleh semak laman web www.oppostore.com.my dan Facebook OPPO Malaysia untuk lebih info dan berita terkini.

OPPO F5 6GB

Alluring red that you will never be able to resist. Check out all the goodness of OPPO F5 6GB in this video. #OPPOF5 #RedEdition #capturetherealyou

Posted by OPPO on Thursday, 23 November 2017

Tags: oppoOPPO F5OPPO F5 6GBOPPO F5 6GB MalaysiaOPPO Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Merah dan Swarovski pilihan eksklusif OPPO F5 6GB?

Merah dan Swarovski pilihan eksklusif OPPO F5 6GB?

27 November 2017
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN