• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelajar Kini Boleh Nikmati UniFi Pada Harga RM99

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:17 am
  • 27/11/2017
  • Komen
Pelajar Kini Boleh Nikmati UniFi Pada Harga RM99
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan promosi UniFi Edu yang dilancarkan Telekom Malaysia (TM) tak lama dulu, penyedia perkhidmatan Internet itu akan mengadakan satu acara TMpoint OPEN DAY bagi memberikan peluang kepada sesiapa sahaja yang layak untuk melanggan pelan UniFi Edu pada komitment serendah RM99/bulan dari mana-mana TMpoints di seluruh negara.

Pelajar boleh menikmat capaian internet pantas sekurang-kurangnya 10Mbps bagi memudahkan proses pembelajaran mereka. Tiga pelan yang disediakan adalah:



  • UniFi Edu Lite 10Mbps — RM99/bulan (harga asal RM129)
  • UniFi Edu Advance 30Mbps — RM169/bulan (harga asal RM199)
  • UniFi Edu Pro 100Mbps — RM299/bulan (harga asal RM329)

Penjimatan RM30 untuk semua pelan yang ditawarkan ini hanya sah sepanjang tempoh kontrak iaitu 24 bulan. Selepas itu, anda mungkin perlu membayar harga asal bergantung pada pelan yang dilanggan.

Selain capaian Internet, UniFi Edu juga memberikan perkhidmatan panggilaan suara melalui pelan Voice STD 20. Ia memberikan anda panggilan percuma sebanyak 600 minit dan penggunaan tambahan dikenakan bayaran 10sen/minit untuk memanggil nombor selain talian tetap TM.



Anda turut boleh menonton rancangan hiburan daripada mana-mana 5 pek HyppTV jika melanggan pelan Advance dan Pro.

Golongan yang layak melanggan pelan UniFi Edu ini adalah yang berusia antara 18 hingga 25 tahun dan memiliki ID pelajar yang sah. Perlu diingatkan juga, hanya TMpoint menawarkan promosi ini.

Tapi jika anda tak layak, anda mungkin berminat dengan promosi ini yang berjalan serentak dengan promosi di atas.

[Sumber: TM]

Tags: Broadbandstreamyx malaysiastreamyx murahTMtm broadbandtm streamyxtm unifiUnifiunifi eduunifi malaysiaunifi murah
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pelajar Kini Boleh Nikmati UniFi Pada Harga RM99

Pelajar Kini Boleh Nikmati UniFi Pada Harga RM99

27 November 2017
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN