• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CEO Razer perjelas kenapa Razer Phone tiada jack headphone

  • OLEH Najib
  • 10:31 am
  • 28/11/2017
  • Komen
CEO Razer perjelas kenapa Razer Phone tiada jack headphone
Share on FacebookShare on Twitter

Nampak macam Min Liang Tan, Ketua Pengarah Urusan (CEO) Razer tidak dapat menahan hasrat di hatinya apabila menerima banyak maklumbalas berkenaan telefon pintar pertama keluaran syarikatnya. Hanya kerana tiada port audio 3.5mm pada Razer Phone.

Beliau menulis dalam satu status di Facebook peribadinya menerangkan dengan panjang lebar mengapa Razer mengambil keputusan untuk membuang port audio 3.5mm dari Razer Phone. Kelihatan, keputusan itu sangat tepat.



Min Liang Tan, CEO Razer (kanan)

Min Liang menyatakan, dengan ketiadaan port audio 3.5mm itu mereka berjaya meningkatkan kapasiti bateri sekitar 500mAh, di samping menjadikan sistem pengaliran terma yang lebih baik untuk prestasi dipertingkat.



Razer masih tidak mengabaikan pengguna fon kepala berwayar kerana ia memberi adaptor DAC yang diiktiraf THX 24-bit bersama Razer Phone, menjadikan sistem bunyi berwayar lebih berkualiti.

Malah, pengguna mempunyai pilihan tambahan kerana Razer telah melancarkan fon kepala HammerHead USB-C dan HammerHead BT (RM549) dengan tenaga bateri sepanjang hari.

Pendek kata, Razer membuang port audio 3.5mm untuk meningkatkan prestasi, membesarkan bateri serta pilihan audio lebih tinggi samada wayarles ataupun menerusi USB.

Min Liang mengakhiri penulisannya dengan mengatakan, beliau tidak boleh bercakap tentang syarikat telefon lain yang membuang port audio 3.5mm, tetapi beliau yakin orang ramai dapat melihat kenapa Razer melakukannya.

Adakah anda bersetuju dengan alasan yang diberikan CEO Razer ini, atau masih tidak berpuas hati dengan Razer Phone yang tidak memiliki port audio 3.5mm?

[Sumber: Facebook Min Liang Tan]

Tags: Min Liang Tanrazerrazer phone
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
CEO Razer perjelas kenapa Razer Phone tiada jack headphone

CEO Razer perjelas kenapa Razer Phone tiada jack headphone

28 November 2017
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN