Telefon 18:9 Pertama Asus Akan Tiba Di Malaysia Tak Lama Lagi

Seperti yang kami laporkan awal November 2017 lalu, Asus telahpun melancarkan sebuah telefon dengan kod nama Pegasus 4S di China. Ia adalah produk pertama Asus yang menggayakan panel paparan 18:9. Telefon yang sama turut dikhabarkan akan tiba di Malaysia antara Disember dan Januari ini menggunakan nombor model ZB570TL.

Walau bagaimanapun, butiran tentang resolusinya masih tidak dapat dipastikan. Menurut laman Asus Rusia, ZB570TL yang mendukung nama Zenfone 4 Max Plus memiliki paparan FHD+ tapi Pegasus yang dilancarkan di China hanya menggayakan panel paparan HD+.

Daripada segi spesifikasi, ia boleh diletakkan separas dengan ZenFone 4 Selfie yang sedang dijual di Malaysia pada harga RM1,299.

Pada papan utama, anda akan menemui cip cip MediaTek MT6750T yang digandingkan dengan RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GBB.

Ia menjalankan sistem operasi Android 7 Nougat sejurus dinyah kotak dan segala komponen elektroniknya digerakkan sekeping bateri berkapasiti 4,130mAh.

Pada jabatan pengimejan, konfigurasi dwikamera digunakan untuk kamera belakang. Sepasang kamera masing-masingnya dengan sensor 16MP dan 8MP hadir dengan kamera pertama memiliki sudut pandang yang lebih luas. Untuk berselfie pula, anda boleh gunakan kamera 8MP.

Di Russia, ZB570TL dijual pada RUB 17,000 (MYR 1,198).

[Sumber: thegiodidong, ASUS]

BACA  Syarat Mengarut Untuk Langgan Unifi Basic Kini Dibatalkan