Volkswagen Beetle dijual lebih murah di Lazada

Lazada memang sinonim dengan pembelian dalam talian kerana ia merupakan platform e-dagang nombor 1 di Malaysia. Tetapi pernah tak anda bayangkan untuk membeli kereta di Lazada?

Pada 12 Disember ataupun lebih dikenali sebagai 12.12, Lazada akan mengadakan jualan istimewa sebagai kesinambungan dari promosi Lazada Online Revolution 11.11. Tetapi satu tawaran yang unik telah mula kelihatan, iaitu penjualan kereta Volkswagen Beetle edisi terhad dengan harga DISKAUN!

Kerjasama eksklusif antara Volkswagen dan Lazada ini akan menyaksikan 12 unit Volkswagen Beetle dalam 3 edisi terhad iaitu Herbie 53 Putih, Herbie 53 Perak dan Hot Bug Merah. Ketiga-tiga model menampilkan jalur racing di badan, dengan model Herbie mempunyai pelekat nombor 53 di depan dan sisi kereta.

Tetapi yang lebih menarik lagi adalah diskaun 18% ataupun potongan harga RM24,776 dari harga asal RM136,888. 12 unit Volkswagen Beetle edisi terhad ini akan dijual pada harga RM112,112 sahaja.

Bagaimanapun, jualan ini hanya akan dibuat pada 12 Disember 2017 di Lazada. Untuk membeli, langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke laman jualan Volkswagen Beetle di Lazada pada 12 Disember.
  2. Buat bayaran tempahan RM5,000 menerusi laman tersebut.
  3. Anda akan menerima nombor pengesahan dari Lazada meneerusi emel serta Kit Selamat Datang yang akan dihantar terus kepada anda.
  4. Wakil Volkswagen akan menghubungi anda untuk mengesahkan tempahan bersama wakil pengedar yang anda pilih.
  5. Pergi ke pengedar yang telah dipilih dan tunjukkan nombor pengesahan.
  6.  Selesaikan bayaran untuk menjadi pemilik Volkswagen Beetle edisi terhad ini.

Setiap kenderaan ini datang bersama jaminan pengeluar selama 5 tahun, bantuan jalanan selama 5 tahun serta servis berjadual 15,000km.

Volkswagen Beetle yang ditawarkan ini memiliki enjin 1.2 TSI 4-silinder serta kotak gear DSG 7-kelajuan, lampu depan Bi-Xenon dengan LED Daytime Running Light serta sistem pendingin hawa Climatronic.

BACA  Facebook Lite diperkenal buat pengguna iPhone di Malaysia

Jika anda mahu menjadi salah seorang pemilik Volkswagen Beetle edisi terhad ini, jangan lupa menyimpan pautan Volkswagen Beetle di Lazada ini. Untuk mengenali kereta ini dengan lebih lanjut, layari laman web Volkswagen Beetle Malaysia.

[Sumber: EVOMalaysia]