• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Samsung Letak Lensa Terpantas Dalam Telefon W2018

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:49 am
  • 05/12/2017
  • Komen
Samsung Letak Lensa Terpantas Dalam Telefon W2018
Share on FacebookShare on Twitter

Jika Apple menyambut ulang tahun ke-10 iPhone dengan penghasilan telefon nirbingkai iPhone X, Samsung turut sama menyambut ulang tahun ke-10 siri W dengan pelancaran Samsung W2018. Ia adalah sebuah telefon edisi terhad yang boleh dikilas dan memiliki spesifikasi flagship.

Salah satu ciri unik selain boleh dikilas adalah telefon ini hadir dengan kamera belakang berapertur tak malar. Ia boleh terbuka seluas F1.5, terpantas untuk sebuah telefon setakat ini, dan menutup sehingga F2.4 bergantung pada kuantiti cahaya yang dikesan sensornya.



Bukaan apertur yang luas membolehkan prestasi dalam keadaan malap yang tiada tandingan.

Untuk berswafoto pula, anda boleh menggunakan kamera 5MP F1.9.



Dua paparan hadir pada kedua-dua bahagian dalam dan luar telefon yang pastinya kuat menggunakan tenaga bateri. Ia adalah panel paparan bersaiz 4.2″Super AMOLED.

Pengimbas cap jari tetap hadir pada telefon ini dan ia terletak di belakang telefon, berhampiran dengan kamera belakang. Sekeping bateri 2,300 mAh digunakan untuk menguasakan telefon ini dan ia dicas melalui port USB-C.

Ciri-ciri flagship yang boleh ditemui pada telefon ini adalah seperti:

  • Penggunaan cip Snapdragon 835
  • 6GB RAM
  • Pilihan storan antara 64GB atau 256GB.
  • Binaan badan daripada besi dan kaca

Tiada tanda harga diumumkan buat masa ini tetapi ramai menjangkakan yang ia pastinya mahal oleh sebab ia dikeluarkan secara terhad bagi mengumpul dana derma.

Adakah telefon gaya kerang ini masih releven dalam pasaran sekarang?

[Sumber: GizmoChina, GadgetMatch]

Tags: androidsamsungsamsung malaysiasamsung w2018telefon clamshelltelefon kilas
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Samsung Letak Lensa Terpantas Dalam Telefon W2018

Samsung Letak Lensa Terpantas Dalam Telefon W2018

5 Disember 2017
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER