• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelanggan MaxisONE terima kenaikan kuota percuma

  • OLEH Najib
  • 12:02 pm
  • 07/12/2017
  • Komen
Pelanggan MaxisONE terima kenaikan kuota percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis memang agak kedekut dengan kuota data, jika dibandingkan dengan telco lain di Malaysia. Tetapi sedikit demi sedikit mereka lebih terbuka untuk memberikan lebih kuota kepada penggunanya.

Jika sebelum ini mereka menawarkan data tambahan hujung minggu. Hari ini, Maxis mengumumkan 10GB data tambahan buat semua pengguna pelan MaxisONE, dengan sesetengah pelan digabungkan kuota ke sepanjang hari.



Terdapat 4 pelan MaxisONE yang ditawarkan kini, dengan kadar kenaikan data seperti berikut:

  • [MaxisONE 98] 20GB (10GB + 10GB hujung minggu) > 30GB (15GB + 15GB hujung minggu)
  • [MaxisONE 128] 30GB (15GB + 15GB hujung minggu) > 40GB sepanjang hari
  • [MaxisONE 158] 40GB (20GB + 20GB hujung minggu) > 50GB sepanjang hari
  • [MaxisONE 188] 50GB (25GB + 25GB hujung minggu) > 60GB sepanjang hari

Jika diperhatikan, semua pelan MaxisONE digabungkan kuota menjadi sepanjang hari, kecuali pelan MaxisONE 98. Ia masih mengguna pakai kuota berbeza hujung minggu, tetapi dinaik taraf dari 10GB+10GB kepada 15GB+15GB. Tetapi pengguna MaxisONE 98 mempunyai pilihan untuk mengubah kuota hujung minggu kepada 30GB sepanjang hari, dengan tambahan RM10 menjadi RM108 sebulan.



Kuota talian tambahan MaxisONE Share masih kekal sama. Ia dicaj RM48 sebulan untuk setiap talian, dengan kuota 1 talian tambahan untuk MaxisONE 98, 2 talian untuk MaxisONE 128, 3 talian untuk MaxisONE 158 dan 4 talian untuk MaxisONE 188.

Setiap talian MaxisONE Share ini menambah 5GB data kepada keseluruhan kuota, serta 5GB lagi untuk kegunaan hujung minggu. Kesemua pelan MaxisONE turut disertakan panggilan dan SMS tanpa had ke semua talian di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, layari laman web MaxisONE Plan.

Tags: maxismaxisone
Najib

Najib

POPULAR

Pelanggan MaxisONE terima kenaikan kuota percuma

Pelanggan MaxisONE terima kenaikan kuota percuma

7 December 2017
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN