Artikel ini dibawakan oleh KLIMS
Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) bakal kembali untuk edisi ke-11 pada tahun ini, dan kali ini ia hadir dengan skala yang lebih besar berbanding sebelum ini. Acara ini akan berlangsung selama 10 hari bermula 12 hingga 21 Jun 2026 di MITEC, Kuala Lumpur, melibatkan hampir 30,000 meter persegi ruang pameran merentasi tujuh dewan.
Dianjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), KLIMS tahun ini meneruskan tema “Beyond Mobility” dengan fokus bukan sahaja kepada kenderaan, tetapi juga inovasi, teknologi dan masa depan mobiliti secara keseluruhan. Sepanjang acara, pengunjung berpeluang melihat sendiri perkembangan terkini dunia automotif daripada jenama global dan tempatan, semuanya di bawah satu bumbung.
Apa yang ada di KLIMS 2026?

Bagi peminat automotif, KLIMS 2026 menjanjikan pameran model baharu, pelancaran produk eksklusif, dan paparan kereta konsep daripada jenama-jenama besar. Antara jenama yang sudah disahkan untuk hadir termasuk:
- Dongfeng
- GWM
- Honda
- Hyundai
- Jetour
- Kia
- Maxus
- Mazda
- MG Motor
- Nissan
- Perodua
- Proton
- Proton e.MAS
- smart
- Toyota
- Wuling
- XPENG
- Zeekr
Pelbagai jenama aksesori dan perkhidmatan automotif turut akan memenuhi semua tujuh dewan, memberikan gambaran lengkap tentang ekosistem automotif moden. Lebih 70 kereta juga disediakan untuk sesi ujian pandu, membolehkan pengunjung mencuba sendiri model terpilih.
Selain itu, KLIMS 2026 turut menampilkan kerjasama bersama Sepang International Circuit, dengan pameran kereta Formula, kereta lumba, dan motosikal, serta sesi meet & greet bersama pemandu dan pasukan perlumbaan yang hadir ke KLIMS 2026.
Lebih daripada sekadar pameran kereta
Ini yang membezakan KLIMS daripada pameran automotif biasa. Ia bukan sekadar mempamerkan kenderaan, malah turut meraikan gaya hidup, komuniti dan budaya tempatan. Pada hujung minggu serta cuti umum, acara ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran RIUH, menjadikan sebahagian KLIMS 2026 seperti festival budaya yang meriah.
Antara yang boleh pengunjung nantikan:
Aktiviti Menarik Urban Play – halangan kenderaan khas yang menguji kuasa dan ketepatan pemanduan, yang dijangka menjadi tarikan utama (12-14 June). Selain itu, ada DJ Playground, KLIMS Modified Car Battle, dan trek kereta kawalan jauh. Lebih 200 kereta dari pelbagai kelab kereta tempatan turut dijangka hadir untuk perhimpunan komuniti yang besar.
Simulator dan Podcast Bagi yang suka cabaran teknikal, ada trek kereta kawalan jauh dan simulator pesawat yang boleh dicuba. Pengunjung juga boleh menyaksikan rakaman langsung The Overdrive Session Automotive Podcast terus dari lantai pameran.
Persembahan Langsung Barisan artis tempatan akan tampil dengan kolaborasi bersama RIUH (20-21 Jun), termasuk FUGŌ, Kyoto Protocol, Adrian Danial, dan TY:DEL. Turut memeriahkan suasana ialah persembahan dram oleh Voice of Percussion dan persembahan tarian fusion oleh Siluman Production.
Hobbyist Hub Ruang pasaran khas dengan peniaga tempatan yang menawarkan pelbagai barangan unik untuk penggemar koleksi diecast dan kraf tempatan. Pokémon Pokopia Truck Sempena pelancaran permainan Pokémon Pokopia untuk Nintendo Switch 2, pengunjung boleh mencuba permainan baharu ini, merebut cenderahati percuma, dan bergambar bersama Pikachu.

Lebih menarik, pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai sehingga RM125,000, termasuk hadiah utama berupa sebuah Perodua Bezza baharu. Tertakluk kepada terma dan syarat, dan terbuka kepada semua pemegang tiket berumur 18 tahun ke atas.
Tiket dan harga

Jika anda berminat untuk kunjungi KLIMS 2026, berita baiknya, kemasukan adalah percuma sepanjang hari bekerja dari Isnin hingga Khamis untuk semua pengunjung termasuk kanak-kanak, warga emas, OKU, dan pelajar. Bagi hari Jumaat, hujung minggu, dan cuti umum, berikut adalah harga tiketnya:
- Dewasa (12 tahun ke atas): RM30
- Warga emas (60 tahun ke atas), OKU & pelajar (dengan kad pelajar): RM15
- Kanak-kanak (bawah 12 tahun): Percuma
Untuk yang merancang datang lebih dari sekali, KLIMS 2026 turut menyediakan Pas Akses Tanpa Had pada harga RM80 untuk kemasukan tanpa had sepanjang 10 hari acara, bersamaan RM11.40 sehari. Ada juga Pas Bundle 5 Orang pada harga RM100, iaitu hanya RM20 seseorang.Tiket boleh dibeli melalui https://reg.klims.com.my/Account/RegisterVisitor.
Cara ke MITEC
Tak ada kereta? Tak jadi masalah. Pengunjung boleh ke MITEC menggunakan bas dari MRT Titiwangsa atau LRT Pasar Seni. Ada juga perkhidmatan van shuttle disediakan dari beberapa lokasi berdekatan termasuk:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Jalan Duta
- Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
- Masjid Wilayah Persekutuan
- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Malaysia
- Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE
- Publika Shopping Gallery
- Hyatt Regency Kuala Lumpur
- Stadium Hoki Tun Razak, Jalan Duta
- Pusat Tennis Nasional Tun Razak, Jalan Duta
KLIMS 2026 dijangka menarik lebih 200,000 pengunjung sepanjang 10 hari, menjadikannya antara acara automotif paling besar di Malaysia tahun ini. Kalau anda peminat kereta atau sekadar ingin tahu lebih tentang masa depan mobiliti, ini adalah acara yang anda patut hadir.Untuk maklumat terkini tentang KLIMS 2026, ikuti kemaskini rasmi melalui laman web serta media sosial KLIMS di Facebook, Instagram, dan TikTok.






