• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi 5A tiba di Malaysia sebagai telefon termurah Xiaomi

  • OLEH Najib
  • 8:09 pm
  • 08/12/2017
  • Komen
Redmi 5A tiba di Malaysia sebagai telefon termurah Xiaomi
Share on FacebookShare on Twitter

Mi Malaysia hari ini mengumumkan telefon pintar Android termurah mereka ke pasaran Malaysia, iaitu Redmi 5A. Ia mengiringi ketibaan Redmi Note 5A bulan lepas, untuk mereka yang gemarkan skrin lebih kecil.

Redmi 5A akan dijual secara eksklusif di Lazada, dengan harga RM399 sahaja. Jualannya akan bermula pada hari pertama promosi Lazada 12.12, iaitu 12 Disember.



Murah memang murah, tetapi Redmi 5A serba serbi cukup sifatnya. Ini dapat dilihat dengan RAM sebanyak 2GB di dalam, dan storan 16GB yang tidak sempit. Kuasanya digerakkan pemproses Snapdragon 425.

Skrin Redmi 5A berukuran 5-inci sahaja, beresolusi HD. Kapasiti baterinya juga tidak memalukan, bersaiz 3,000mAh.



Xiaomi memuatkan kamera 13MP f/2.2 dengan PDAF di belakang, dan kamera 5MP f/2.0 di depan.

Seperkara lagi, Redmi 5A menyokong dua kad sim dan satu kad mikroSD dalam tiga slot berbeza. Sesuai untuk mereka yang menggunakan ketiga-tiga sekaligus.

Redmi 5A akan ditawarkan dalam dua warna, Kelabu dan Emas. Ada juga ura-ura mengatakan versi 3GB RAM + 32GB storan akan tiba tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Redmi 5A. Sementara menunggu 12 Disember tiba, apa kata anda persiapkan diri dengan membaca: Panduan Muktamad Membeli-belah di Lazada.

Tags: Mi MalaysiaRedmi 5ARedmi 5A Malaysiaxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Redmi 5A tiba di Malaysia sebagai telefon termurah Xiaomi

Redmi 5A tiba di Malaysia sebagai telefon termurah Xiaomi

8 December 2017
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN