Lazada adalah platform e-dagang nombor satu di Malaysia. Mana taknya, pelbagai benda boleh dibeli di Lazada, termasuk barangan dapur seperti susu, gula, kopi dan sebagainya.
Tahukah anda, lampin bayi merupakan salah satu produk paling hangat dijual di Lazada, dek kerana kemudahan membeli-belah di mana jua serta harga yang biasanya lebih murah dari kedai batu dan mortar.
Tetapi bagaimanakah cara anda membeli-belah di Lazada? Cari produk, tekan Buy Now, bayar dan tunggu ia tiba? Membazir tu.
Sebenarnya, ada banyak penjimatan yang boleh anda dapat dengan membeli-belah di Lazada. Ada beberapa cara, mungkin agak leceh tapi di zaman kegawatan ekonomi dan saranan #2kerja oleh kerajaan, setiap sen yang dapat dijimatkan pasti sangat bermakna.
Sempena promosi dahsyat hujung tahun Lazada, iaitu Online Revolution 12.12 yang akan berlangsung selama 3 hari kelak (12-14 Disember), cuba ikuti sebanyak mungkin panduan yang kami senaraikan di bawah untuk mendapatkan penjimatan maksima di Lazada.
P/S: Ada peluang menang hadiah jika anda baca artikel ini sampai habis
Ready, Steady, GO!
1. Dapatkan tunai kembali dengan ShopBack
Tahukah anda, setiap pembelian di Lazada boleh menerima tunai kembali? Jika dan hanya jika anda memiliki akaun ShopBack.
Apa itu ShopBack? Ia adalah platform tunai kembali atau cashback untuk pelbagai perkara, dengan rakan niaga yang meluas termasuk Lazada, 11street, Qoo10, Zalora, malah AirAsiaGo, Expedia, Booking.com dan banyak lagi.
Tapi kita fokus pada Lazada. Dengan ShopBack, anda boleh menerima cashback sehingga 11% untuk pembelian di Lazada.
Caranya, daftar akaun ShopBack di www.shopback.my. Kemudian pilih Lazada dari senarai rakan niaga. Dari situ, ia akan membuka laman Lazada dan anda boleh terus membeli-belah.
ShopBack turut boleh digunakan melalui aplikasi mudah alih. Ia boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.
Pembelian tadi akan direkod, dan anda boleh melihat sejarahnya di laman ShopBack. Cashback ini kemudian boleh dihantar ke mana-mana bank di Malaysia.
ShopBack juga memiliki sistem afiliate, di mana anda boleh mengajak rakan dan mendaftar ShopBack menggunakan kod khas anda. Kemudian anda dan rakan anda akan sama-sama menerima tunai RM5.
Apa kata anda mula berkongsi RM5 dengan kami, dan mendaftar akaun ShopBack melalui pautan afiliate kami ini: Daftar ShopBack
2. Bayar guna kad Prabayar CIMB Lazada
Lazada mengadakan kerjasama khas dengan bank CIMB dan memperkenalkan kad prabayar CIMB Lazada. Kad ini berfungsi seperti kad debit dan kredit, cuma anda perlu mengisinya dengan wang sebelum membuat bayaran.
Kad ini perlu anda dapatkan jika anda sering membeli belah di Lazada. Ini kerana ia memberikan cashback bonus sehingga 15% setiap bulan untuk pembelian di Lazada, tetapi sehingga RM20 sahaja. Cashback bonus 15% diberikan sehingga Jun 2018.
Selepas penuh menggunakan kuota RM20, anda masih menerima cashback untuk pembelian di Lazada tetapi hanya 1%. Masih lebih baik dari tiada kan. Cashback ini dihadkan sehingga RM25 setiap bulan.
Pembelian selain Lazada juga akan menerima cashback, tetapi hanya 0.5% dan had sehingga RM25 sebulan.
Kad prabayar ini ibarat akaun anda di CIMB. Jika anda memiliki akaun simpanan atau semasa di CIMB, anda boleh menghantar wang masuk dan keluar dari kad prabayar ini dengan mudah.
Jadi, masukkan wang ke dalam kad prabayar CIMB Lazada bila mahu membuat bayaran, dan keluarkan semula wang lebihan selepas selesai membeli-belah. Kalau nak berjaga-jaga betul lah.
Semua transaksi boleh dibuat dengan mudah melalui laman web atau aplikasi mudah alih CIMB Clicks.
Dapatkan maklumat lanjut berkenaan kad prabayar CIMB Lazada di sini.
3. Beli Gift Card
Kalau anda sudah ada sasaran produk yang ingin dibeli, dan tahu berapa yang perlu dibelanjakan, maka dapatkan Lazada Gift Card.
Gift Card ini ibarat wang tunai. Ia dijual lebih awal dari hari tawaran dengan harga diskaun. Nilai Gift Card yang boleh dibeli adalah:
- Gift Card RM50 – RM40 (jimat RM10 / 20%)
- Gift Card RM100 – RM85 (jimat RM15 / 15%)
- Gift Card RM200 – RM178 (jimat RM22 / 11%)
- Gift Card RM500 – RM450 (jimat RM50 / 10%)
- Gift Card RM1000 – RM900 (jimat RM100 / 10%)
- Gift Card RM2000 – RM1,800 (jimat RM200 / 10%)
Untuk mendapatkan penjimatan maksima, pastikan anda menggunakan ShopBack dan buat bayaran dengan kad CIMB Lazada. Dengan cara ini anda mendapat tiga lapisan penjimatan.
4. Kumpul kod diskaun
Ini pasti perkara yang paling ramai tahu. Dapatkan diskaun melalui kod, kupon atau baucer.
Mana nak dapat? Ada banyak caranya.
Dalam Lazada sendiri dah disenaraikan kupon berkaitan bank, kad debit/kredit, stesen minyak dan sebagainya.
Beberapa kupon di laman web Lazada sendiri
Selain tu, kupon Lazada boleh ditemui berlegar di jaringan internet, melalui emel berita mereka, malahan ada juga di suratkhabar. Anda cuma perlu peka, dan simpan kod tersebut.
Ada tiga benda perlu anda ambil perhatian dalam penggunaan kod diskaun ini.
Pertama, berapakah jumlah minima pembelian sebelum ia bokeh digunakan.
Kedua, berapa banyak atau peratus diberikan.
Ketiga, berapakah had siling diskaun diberikan.
Misalnya dalam kod ini, pembelian minima RM150, diskaun diberikan sebanyak RM30 tetapi hanya boleh digunakan di dalam aplikasi Lazada sahaja.
Selepas mengenal pasti jenis kupon, anda perlu mengatur strategi untuk menggunakannya. Cuba gunakan hingga had maksima. Seperti contoh di atas, untuk mencapai had maksima diskaun RM20, potongan 10% bermakna anda perlu berbelanja minima RM200.
Di sini, anda pilih produk yang berharga paling hampir dengan RM200, atau kumpulkan beberapa produk hingga mencapai RM200 untuk menggunakan kupon ini. Kemudian ulangi untuk produk lain.
Memilih kupon yang sesuai agak mencabar. Anda perlu membuat kira-kira yang tepat untuk memaksikan penjimatan. Luangkan masa lebih awal agar anda tidak kesuntukan waktu untuk mengira dan menggunakannya.
P/S: ShopBack pun nak bagi kupon Lazada nanti. Dengarnya RM30 diskaun dengan pembelian minima RM50.
Bagaimana, sudah fahami semuanya? Jika ya, anda boleh bersedia untuk berhadapan dengan hari promosi hebat Lazada 12.12 selama 3 hari (12-14 Disember) nanti. Kalau masih kurang faham atau ada pertanyaan, ajukan sahaja di ruangan komen. Kami akan cuba sedaya upaya mendapatkan jawapan.
Ingin memenangi sebuah fon kepala Senheiser Urbanite Galaxy bernilai RM899? Jom sertai cabutan bertuah kami di sini: Facebook SoyaCincau BM