Galaxy A8+ Siap Sedia Gempur Telefon Kelas Tengah Yang Lain

Siri Galaxy A adalah peserta dalam gelanggang pertengahan daripada Samsung, duduk antara siri Galaxy J untuk kelas permulaan dan juga Galaxy S dan Note untuk kelas yang lebih premium. Terbaru, satu kebocoran paling jelas telah mengalir dalam dunia digital berkaitan Galaxy A8/A8+ (2018) yang bakal dilancarkan Samsung tak lama lagi.

Galaxy A8/A8+ hadir dilengkapi dengan panel paparan 18:9 “Infinity Display” yang diwarisi daripada Galaxy S dan Note. Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, ia adalah sebuah telefon bersaiz 5.5″ da 6.0″ dengan panel beresolusi HD+ Penuh daripada jenis Super AMOLED.

Daripada segi spesifikasi CPU, ia dikuasakan cip Exynos 7885. Memiliki lapan teras, ia dijangkakan memiliki prestasi setara cip Snapdragon kelas pertenghaan seperti Snapdragon 625 dan Snapdragon 660. Ia dibekalkan sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 64GB.

Pada jabatan pengimejan, A8/A8+ adalah yang pertama daripada Samsung yang menggayakan dwikamera depan. Swafoto dengan sentuhan bokeh yang padu boleh dijangkakan melalui kamera 16MP F1.9 dengan bantuan kamera 8MP F1.9.

Untuk kapasiti bateri, A8+ yang lebih besar dikuaskaan bateri 3,500mAh manakala varian yang lebih kecil ada 3,000mAh bateri.Seperti edisi-edisi sebelum ini, anda boleh mengagak yang A8/A8+ memiliki ciri kekalisan debu air pada tahap IP68.

[Sumber: GSMArena]

BACA  Galaxy S9+ 128GB boleh dibeli RM900 lebih murah dari harga asal