• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jadi sendiri DJ dengan kuasa Sony MUTEKI MHC-V90DW

  • OLEH Najib
  • 4:10 pm
  • 18/12/2017
  • Komen
Jadi sendiri DJ dengan kuasa Sony MUTEKI MHC-V90DW
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin sukar nak dapatkan pengerusi majlis atau DJ dengan sistem bunyi hebat dalam majlis kecil-kecilan. Tetapi dengan bantuan Sony MUTEKI, anda boleh menyediakan segala yang diperlukan sebuah majlis parti, tanpa memakan ruang dan berbelanja besar.

Sony membawakan kepada Malaysia, sistem audio berkuasa tinggi yang dikenali sebagai MUTEKI MHC-V90DW. Saiznya agak besar, setinggi 170cm dilengkapi sistem bunyi yang cukup memenuhi dewan, siap dengan sistem pencahayaan tersendiri. Mesin parti semua-dalam-satu yang lengkap.



Menyusun lagu untuk dimainkan dalam parti sendiri sangat mudah dengan kuasa MUTEKI. Anda boleh menghubungkan telefon pintar dengan V90DW secara NFC, Bluetooth atau WiFi, dan boleh memainkan sebarang lagu menerusi Google ChromeCast yang terbina di dalam, atau dari aplikasi penstriman lagu Spotify.

Malah, sehingga 10 unit V90DW (termasuk V77W) boleh dihubungkan untuk memainkan lagu serentak. Tetapi tarikan utama parti bersama MUTEKI adalah sistem pencahayaan pelbagai warna yang boleh menjadikan majlis bertambah meriah.



Menjadi DJ untuk menceriakan lagi majlis juga mudah dilakukan. Sambungkan V90DW kepada telefon pintar menerusi aplikasi Sony Music Center dan Fiestable, kemudian pilih sahaja pelbagai efek dan fungsi DJ yang terdapat di dalamnya.

Papan kawalan di V90DW mudah dilihat dan digunakan dengan lampu belakang serta butang yang besar. Ia juga menyokong kawalan menerusi gerakan tangan jarak jauh, pastinya menambah lagi kerancakan acara.

Kemeriahan berparti dengan kuasa Sony MHC-V90DW boleh dimiliki dengan harga RM2,999 sahaja. Tidak perlu bersusah payah mencari DJ atau sistem bunyi yang mahal, kerana anda sendiri boleh memeriahkan majlis dengan menjadi DJ bersama MUTEKI MHC-V90DW.

Pembesar suara ini boleh dibeli menerusi pengedar sah Sony di seluruh Malaysia. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman produk MHC-V90DW.

Tags: MHC-V90DWSonySony MalaysiaSony MHC-V90DWSony MUTEKIV90DW
Najib

Najib

POPULAR

Jadi sendiri DJ dengan kuasa Sony MUTEKI MHC-V90DW

Jadi sendiri DJ dengan kuasa Sony MUTEKI MHC-V90DW

18 December 2017
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER