Tronsmart Lancar Pengecas Paling Berkuasa Di Dunia

Tronsmart mungkin jenama yang kurang anda kenali di Malaysia kerana pasaran kita sudahpun didominasi jenama seperti Anker, Aukey, Xiaomi, Pineng dan sebagainya. Tapi berani kami nyatakan, anda perlu sekali sekala mencuba benda baru lebih-lebih lagi daripada Tronsmart.

Mereka adalah sebuah syarikat yang menghasilkan produk-produk penyelesaian tenaga seperti powerbank, kabel USB, dan pengecas. Terbaru, mereka telah melancarkan empat produk yang kesemuanya menyokong piawaian pengecasan Qualcomm Quick Charge 3.0.

Ada antaranya turut ada piawaian USB-C Power Delivery (PD) untuk menyokong pengecasan laptop seperti MacBook (2016). Empat produk yang dilancarkan Tronsmart untuk Malaysia adalah:

  1. Tronsmart Titan Plus
  2. Tronsmart Brio
  3. Tronsmart AirAmps
  4. Tronsmart W2DT

Tronsmart U5TF Titan Plus

Pengecas meja Titan Plus ini diumumkan untuk menggantikan Tronsmart Titan yang dilancarkan mereka tahun lepas. Kali ini ia hadir dengan keupayaan mengepam masuk 90 Watt tenaga ke lima port USB yang dimilikinya.

Yang menarik tentang pengecas ini adalah kesemua portnya menyokong piawaian pengecasan pantas:

  • Apple iPhone 8/8 Plus/X
  • Huawei FCP Charging
  • Qualcomm Quick Charge 3.0
  • Samsung Adaptive Charge

Pengecas ini amat sesuai diletakkan di ruang tamu ketika tetamu datang beraya dan amat memerlukan sumber tenaga selepas merayau-rayau di pagi hari.

Laman Rasmi Produk


Tronsmart Brio 20,100mAh

Tronsmart BRIO 20,100mAh adalah sebuah powerbank dengan fungsi Power Delivery melalui port USB-C. Hal ini bermakna, anda boleh mengecas MacBook anda yang menggunakan sambungan USB-C terus daripada powerbank ini.

Pada badan powerbank ini, anda akan menemui dua port USB-A dan satu port USB-C. Ketiga-tiganya boleh digunakan serentak untuk mengecas sehingga 3 peranti sekali gus.

Bateri yang terkandung dalam powerbank ini amat efisien. Ia mampu mencapai kadar penukaran sehingga 90% dan boleh mengecas konsol Nintendo Switch sehingga 3 kali ataupun iPhone X sehingga 4 kali.

BACA  Masalah Telefon Meletup Tak Mungkin Berlaku Jika Bateri Ini Digunakan

Laman Rasmi Produk


Tronsmart AirAmps Dual Coil

Pengecasan tanpa wayar kini semakin menular dalam kalangan telefon flagship. Menyedari akan keperluan sebuah pengecas yang berkualiti, Tronsmart turut melancarkan pad pengecas nirkabel untuk memenuhi permintaan tersebut. Tronsmart AirAmps mampu mengecas semua telefon yang menggunakan piawaian pengecasan nirkabel Qi pada kadar 10 Watt. Telefon yang boleh menikmati fungsi pengecasan pantas nirkabel adalah seperti::

  • iPhone 8/8 Plus/X
  • Samsung Galaxy S6 edge+/S7/S7 edge/S8/8+/Note5/Note FE/Note8

Dual Coil pada nama pengecas ini bermaksud Tronsmart telah memasukkan dua set gelung pengecas disebalik perumahnya. Ia membolehkan pengecasan terus berjalan walaupun telefon diletakkan dalam keadaan melintang. Selain itu, terdapat kipas penyejuk untuk mengalihkan haba yang terhasil sewaktu mengecas keluar. Ia memastikan telefon dan komponen pengecas berada dalam suhu yang optimum.

Laman Rasmi Produk


Tronsmart W2DT 48W Plug Pengecas

Soket pengecas W2DT amat versatil. Bukan saja ia menyokong pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 seperti tiga produk di atas, ia turut ada fungsi USB-C Power Delivery (PD).

Hal ini bermakna, anda boleh meninggalkan pengecas MacBook (2016) anda dan hanya membawa W2DT dalam beg. Pengecas ini mampu mengalirkan sejumlah 48 Watt tenaga untuk menjadi soket pengecas paling berkuasa di dunia menurut Tronsmart.

Laman Rasmi Produk


Harga & Status Jualan

Semua produk Tronsmart yang diperkenal ini dilengkapi teknologi proprietari VoltIQ. Ia amat pintar sehinggakan boleh mengawal selia jumlah tenaga yang mengalir keluar daripada pengecas masuk ke peranti sebagai salah satu langkah keselamatan.

Harga keempat-empat produk Tronsmart  yang dilancarkan khas untuk pasaran Malaysia adalah seperti berikut:

  • Tronsmart Titan Plus — RM209 (mula dijual 25 Disember 2017)
  • Tronsmart Brio 20,100 — RM329 (mula dijual Januari 2017)
  • Tronsmart AirAmps — RM199 (sudah dijual)
  • Tronsmart W2DT — RM179 (mula dijual Januari 2017)
BACA  Diskaun tambahan untuk telefon pintar mampu milik Wiko di Lazada

Tronsmart turut menjual pelbagai produk pengecas yang lain seperti pengecas kereta dan juga kabel USB. Jika anda berminat untuk mendapatkan barangan berjenama Tronsmart secara dalam talian, mereka ada kedai rasmi di:

Ataupun anda lebih selesa mendapatkan barangan di kedai fizikal, anda boleh melawat salah satu daripada kedai ini:

  • Flash Gadget (Foto Flash)
  • iGadget
  • All IT Hypermarket
  • Mac Studio
  • My Chameleon
  • Telstar
  • Sun Global Concept Store