• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Samsung Lancar Galaxy S8+ Versi Bajet

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:02 pm
  • 19/12/2017
  • Komen
Samsung Lancar Galaxy S8+ Versi Bajet
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah kebocoran maklumat seperti yang dilaporkan semalam, Samsung hari ini secara rasminya mengumumkan pengganti kepafa Galaxy A5 (2017) dan A7 (2017). Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018) adalah dua buah telefon terakhir yang diumumkan untuk 2017 sebelum dipasarkan dalam tahun 2018.

Ciri unik pada telefon ini adalah kehadiran dua buah kamera depan yang masing-masingnya memiliki sensor 16MP F1.9 dan 8MP F1.9 bagi memberikan kesan bokeh yang menawan. Kamera belakang 16MP pula memiliki apertur yang lebih luas iaitu F1.6. Sudah tentu prestasi dalam keadaan malap yang baik boleh dijangkakan daripada telefon ini.



Mewarisi beberapa helah daripada siri S, Galaxy A/A8+ dilengkapi paparan Infinity Display sebesar 5.6″ dan 6.0″ dengan resolusi HD penuh. Selain itu, cip NPFC turut hadir bagi membolehkan telefon ini menikmati kemudahan Samsung Pay.

Bukan itu saja, telefon ini turut mengekalkan ciri kekalisan debu dan air pada tahap IP68 seperti yang ada pada generasi sebelum ini.



Galaxy A8 dan A8+ masing-masing mengambil kuasa daripada bateri berkapasiti 3,000mAh dan 3,500mAh yang diberikan pada mereka. Lebih menarik, ia boleh dicas pantas melalui port USB-C.

Tiada info berkaitan harga dikongsikan pihak Samsung setakat ini. Ia dijangkakan akan mula dijual awal tahun 2018.

[Sumber: Samsung]

Tags: androiddual cameraDual Front Cameragalaxy a8harga samsung a8 malaysiaInfinity DisplaysamsungSamsung Galaxy ASamsung Galaxy A 2018samsung galaxy a8samsung galaxy A8 malaysiaSamsung Galaxy A8 Plus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Samsung Lancar Galaxy S8+ Versi Bajet

Samsung Lancar Galaxy S8+ Versi Bajet

19 December 2017
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER