• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Jadi Doktor PC Berbekalkan Hanya Satu Pendrive Dalam Poket

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:18 pm
  • 20/12/2017
  • Komen
Jadi Doktor PC Berbekalkan Hanya Satu Pendrive Dalam Poket
Share on FacebookShare on Twitter

Anda perlu bersedia untuk dicap sebagai hackerman sekiranya anda mengambil keputusan untuk menyudahkan tutorial ini. Cuba bayangkan dalam poket anda sekarang ada sebuah “Pendrive penyelamat” yang didalamnya, terkandung seribu satu peralatan untuk membaiki komputer.

“Pendrive penyelamat” ini sentiasa bersiap sedia jika ada mana-mana komputer yang perlu diselamatkan. Lebih parah, terdapat fail penting dan sensitif yang perlu disalin keluar kerana komputer itu sudahpun diambil alih oleh hacker.



Sekurang-kurangnya empat senario yang menjadikan Pendrive penyelamat satu keperluan. Antaranya adalah:

  1. Ada sebuah komputer yang baru di-format dan anda perlu menjalankan pelbagai setup untuk menyediakan mesin itu untuk menjalankan tugas seharian. Namun, anda kekurangan peralatan-peralatan khusus seperti Chrome, Download Manager, Antivirus, dan sebagainya.
  2. Pejabat dan universiti adalah tempat pendrive berpindah tangan sekerap Salmonella melompat mencari hos baru. Sudah tentu akan ada komputer yang teruk dijangkiti malware/virus/autorun dan anda sebagai tabib datang menyembuhkan komputer tersebut.
  3. Anda dapati terdapat komputer yang lagging walaupun spesifikasi yang ada pada papan utama bukan sebarangan. Lebih menyedihkan, pengguna komputer itu pantas beradaptasi dengan keadaan dan tidak sedar komputer yang digunakannya itu perlu diselenggara.
  4. Sekurang-kurangnya anda menyelenggara komputer sendiri agar ia beroperasi dalam keadaan optimum.

Untuk melengkapkan tutorial ini, anda hanya memerlukan sebuah Pendrive. Ikuti langkah-langkah penyediaan Pendrive penyelamat dalam halaman seterusnya.



[nextpage title=”Langkah-Langkah Menyediakan Pendrive Penyelamat”]

1. Format Pendrive

Masukkan Pendrive ke mana-mana port USB di komputer. Kemudian pergi ke My Computer, cari drive terbabit dan jalankan proses format.

Sepatutnya ia tidak mengambil masa yang lama dan ia bergantung pada kapasiti pendrive itu sendiri. Dalam tutorial ini saya menggunakan pendrive bersaiz 16GB.

2. Pasang PortableApps

Kemudian muat turun fail pemasangan PortableApps di laman ini. Install PortableApps masuk kedalam Pendrive, pilih opsyen seperti dalam gambar dibawah.

3. Pasang apps dalam PortableApps

Selepas pemasangan PortableApps, perisian akan dilancarkan secara automatik. Jika tidak, anda hanya perlu mencari Start.exe dalam pendrive untuk memulakannya.

Untuk penggunaan kali pertama, satu tetingkap pop-up akan keluar untuk membolehkan apps apa yang ingin dipasang pada PortableApps. Anda cuma perlu tick pada apps yang berkenaan. Usah risau, anda juga boleh menambah apps di kemudian hari mengikut keperluan.

Pasang apps-apps mengikut cadangan ini:

  1. 7-zip – buka fail/perisian yang hadir dalam pakej ZIP ataupun 7z.
  2. CamStudio – rakam paparan jika anda ingin menyediakan video tutorial.
  3. ClamWin – antivirus percuma, ringan, dan berkesan.
  4. CPU-Z & GPU -Z – digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan CPU dan GPU komputer bagi memudahkan pencarian driver dilakukan.
  5. Free Download Manager – muat turun installer perisian lain lebih pantas berbanding cara konvesional.
  6. Google Chrome – kalau anda alergik sangat dengan Internet Explorer ataupun Edge, anda terus boleh menggunakan Chrome terus dari Pendrive.
  7. HijackThis – digunakan untuk mengenal pasti perubahan pada sistem komputer yang berlaku tanpa anda sedar.
  8. Listary – perisian pencari fail yang pantas untuk menjejak fail yang jauh tertanam dalam timbunan fail lain.
  9. Spybot Sarch & Destroy – cari dan musnahkan malware yang berjaya menyelinap masuk ke komputer.
  10. SumatraPDF – gunakan ini untuk membaca fail tutorial perisian yang hadir dalam bentuk PDF.
  11. TeamViewer – jika anda ingin membaiki komputer orang lain dari jauh tanpa perlu berada didepan komputer yang terlibat.
  12. TreeSize – kadang-kadang anda tak pasti fail apa yang memenuhi ruangan storan. Guna TreeSize untuk mengenal pasti fail apa yang memakan ruang itu.
  13. Wise Data Recovery – sudah tentu anda ingin mencari fail yang hilang selepas mem-format komputer. Boleh juga digunakan pada kad SD untuk memulihkan gambar yang rosak.
  14. Wise Disk Cleaner – mengoptimumkan storan anda dengan membuang cache dan fail yang tidak digunakan.
  15. Wise Program Unistaller – membuang perisian yang tak diperlukan dan yang tidak boleh dibuang oleh sistem Windows.
  16. Wise Registery Cleaner – mengoptimumkan daftar Registry supaya komputer beroperasi lebih lancar.

Bergantung pada jumlah apps yang sudah dipilih, ia akan mengambil sedikit masa untuk muat turun dan memasangnya dalam pendrive anda.

Setelah pemasangan selesai, anda boleh melihat segala apps yang telah anda pilih tadi disenaraikan di tetingkap PortableApps di sebelah kanan paparan. Tahniah, anda berjaya menghasilkan sebuah Pendrive yang mampu menyelamatkan nyawa komputer!

Tapi sebelum menggunakannya, sila baca tips-tips penggunaan.

[nextpage title=”Tips Penggunaan Pendrive Penyelamat”]

Pastikan Pendrive ini sentiasa ada bersama anda, takut-takut ia diperlukan pada waktu genting. Perlu diingatkan bahawa Pendrive ini sendiri tidak kalis virus dan malware. Anda perlu pastikan yang ia bebas penyakit sebelum digunakan pada komputer lain.

Kebaikan PortableApps adalah ia percuma dan akan sentiasa percuma. Kemas kini perisian dilakukan secara automatik dan anda tidak perlu membelek perisian satu persatu untuk memeriksa jika ada kemas kini terbaru.

Sentiasa gunakan Pendrive anda yang paling pantas. Misalnya, Pendrive USB 3.0. Hal ini kerana komunikasi antara Pendrive dan komputer perlu melalui gerbang USB ini dan jika anda menggunakan USB 2.0, fenomena bottleneck mungkin memperlahankan proses selenggara.

PortableApps adalah satu perisian yang amat versatil dan “Pendrive penyelamat” ini hanyalah salah satu kegunaannya. Kegunaan lain yang mungkin adalah seperti memasang perisian Office jika anda sering bertukar komputer semasa melakukan tugasan pejabat.

Tags: antivirus freebaiki komputerbaiki pcDoctor PCDoktor PCDr PCfeaturependrive penyelamatrepair komputerrepair pctips & trickstips and trickstips lajukan komputer
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Jadi Doktor PC Berbekalkan Hanya Satu Pendrive Dalam Poket

Jadi Doktor PC Berbekalkan Hanya Satu Pendrive Dalam Poket

20 December 2017
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER