Jadi Doktor PC Berbekalkan Hanya Satu Pendrive Dalam Poket

Pendahuluan

Anda perlu bersedia untuk dicap sebagai hackerman sekiranya anda mengambil keputusan untuk menyudahkan tutorial ini. Cuba bayangkan dalam poket anda sekarang ada sebuah “Pendrive penyelamat” yang didalamnya, terkandung seribu satu peralatan untuk membaiki komputer.

“Pendrive penyelamat” ini sentiasa bersiap sedia jika ada mana-mana komputer yang perlu diselamatkan. Lebih parah, terdapat fail penting dan sensitif yang perlu disalin keluar kerana komputer itu sudahpun diambil alih oleh hacker.

Sekurang-kurangnya empat senario yang menjadikan Pendrive penyelamat satu keperluan. Antaranya adalah:

  1. Ada sebuah komputer yang baru di-format dan anda perlu menjalankan pelbagai setup untuk menyediakan mesin itu untuk menjalankan tugas seharian. Namun, anda kekurangan peralatan-peralatan khusus seperti Chrome, Download Manager, Antivirus, dan sebagainya.
  2. Pejabat dan universiti adalah tempat pendrive berpindah tangan sekerap Salmonella melompat mencari hos baru. Sudah tentu akan ada komputer yang teruk dijangkiti malware/virus/autorun dan anda sebagai tabib datang menyembuhkan komputer tersebut.
  3. Anda dapati terdapat komputer yang lagging walaupun spesifikasi yang ada pada papan utama bukan sebarangan. Lebih menyedihkan, pengguna komputer itu pantas beradaptasi dengan keadaan dan tidak sedar komputer yang digunakannya itu perlu diselenggara.
  4. Sekurang-kurangnya anda menyelenggara komputer sendiri agar ia beroperasi dalam keadaan optimum.

Untuk melengkapkan tutorial ini, anda hanya memerlukan sebuah Pendrive. Ikuti langkah-langkah penyediaan Pendrive penyelamat dalam halaman seterusnya.

BACA  10 Video Bertemakan Merdeka Yang Patut Anda Tonton