• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Presto guna kuasa tular media sosial untuk beri lebih ganjaran

  • OLEH Najib
  • 4:03 pm
  • 20/12/2017
  • Komen
Presto guna kuasa tular media sosial untuk beri lebih ganjaran
Share on FacebookShare on Twitter

Platform dompet elektronik atau eWallet telah mula membanjiri Malaysia hujung tahun ini, selepas Bank Negara Malaysia mula meluluskan lesen berkaitannya. Tetapi kebanyakannya mempunyai modus operasi yang sama, iaitu menyimpan duit secara bukan tunai.

Salah satu penerima lesen ini adalah PUC, yang melancarkan platform eWallet mereka dengan nama Presto. PUC cuba menampilkan kelainan di Presto, dengan menawarkan sistem ganjaran kepada pengguna dalam bentuk seperti tunai kembali (CashBack) dan lain-lain.



Pembeli di platform Presto boleh memaksimakan CashBack mereka menerusi cara berkumpulan atau bersendiri. Lebih banyak orang membeli produk yang sama, lebih tinggi CashBack yang diterima.

Selain itu, berkongsi pautan produk menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan lain-lain, turut meningkatkan CashBack yang boleh diperoleh. CashBack ini kemudian boleh digunakan untuk pembelian lain di masa akan datang.



PUC mahu mempergunakan kuasa tular media sosial menerusi perkongsian di pelbagai platform untuk memacu jualan. Presto juga menawarkan pemasaran interaktif media sosial kepada penjual tanpa kos tinggi, di mana mereka hanya perlu komited dengan harga jualan promosi apabila sasaran jualan tercapai.

Perkhidmatan eWallet di dalam Presto dijangka boleh mula digunakan pada awal tahun 2018. Lain-lain servis telah mula berjalan, dengan Lembah Klang dipilih sebagai lokasi terawal sebelum ia mencapai ke tempat lain di Malaysia.

Buat masa ini, PUC belum mengumumkan sebarang rakan niaga yang akan menggunakan platform Presto. Adakah penggunaan kuasa viral media sosial boleh menjayakan perancangan Presto? Kita nantikan apabila ia mula berfungsi tahun hadapan.

Bagi yang ingin mencuba, aplikasi mudah alih Presto boleh dimuat turun di Apple Appstore atau Google Playstore. Untuk maklumat lanjut, boleh dapati di laman web Presto atau Facebook Presto.

Tags: eWalletPrestoPUC
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Presto guna kuasa tular media sosial untuk beri lebih ganjaran

Presto guna kuasa tular media sosial untuk beri lebih ganjaran

20 December 2017
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER