• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Razer Phone di Malaysia bermula dari RM3,199

  • OLEH Najib
  • 3:46 pm
  • 21/12/2017
  • Komen
Harga Razer Phone di Malaysia bermula dari RM3,199
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai kaki gamers yang berbelanja lebih untuk papan kekunci mekanikal, tetikus warna-warni serta monitor yang lebih pantas dari biasa, pengumuman Razer untuk menghasilkan telefon sendiri sangat mengujakan. Kini ia telah kelihatan mula dijual di Malaysia, tapi dalam kondisi risiko tanggung sendiri.

Beberapa penjual peranti telah mula menyenaraikan telefon pintar Razer Phone dalam jualan mereka. Penjual paling terkenal, DirectD telah pun mula menjual Razer Phone pada harga RM3,299.



Begitu juga dengan pekedai G Store di Lazada, mereka juga meletakkan tanda harga RM3,299 untuk Razer Phone.

Manakala kedai Mobile 2 Go yang mempunyai cawangan di Taman Maluri dan Petaling Jaya pula, menjual Razer phone sedikit murah iaitu RM3,249.



Satu lagi penjual, expressfon yang memiliki kedai di SS15 Subang dan di Lelong.com.my, memaparkan harga Razer Phone yang paling rendah, iaitu RM3,199 sahaja.

Mengapa harga mereka berbeza? Ini kerana telefon pintar Razer Phone masih belum dijual secara rasmi di Malaysia. Semua kedai di atas menjual set import atau AP Set yang bermakna, waranti harus dirujuk kepada kedai semula.

Berkemungkinan mereka mendapatkan telefon ini dari Singapura, kerana ia telah dijual secara rasmi di sana. Perkara paling mustahak perlu diambil tahu, waranti untuk set import harus kembali dirujuk di kedai tempat dibeli.

Jika anda tidak sabar dan mahu menjadi pemilik telefon gaming Razer Phone terawal di Malaysia, boleh lah singgah ke mana-masa kedai yang disebutkan di atas. Samada dalam talian atau terus ke kedai fizikal mereka.

Secara ringkas, telefon Razer Phone adalah satu telefon pintar yang bukan sahaja berprestasi tinggi, tetapi memiliki ciri-ciri yang jarang ada di telefon pintar.

Kuasa utama Razer Phone digerakkan cip Snapdragon 835 bersama 8GB DDR4, gandingan terbaik di pasaran. Storan dalamannya menggunakan cip UFS seluas 64GB, dengan pilihan diperluaskan melalui kad mikroSD sehingga 2TB.

Ia didatangkan dengan bateri sebesar 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4.0 melalui USB-C. Kameranya pula dwi lensa di belakang, gabungan sensor 12MP f/1.75 dan 12MP f/2.6 dengan mod telefoto atau zum. Kamera hadapannya pula 8MP f/2.0.

Antara kelebihan telefon ini untuk bermain games adalah skrin 5.7-inci QuadHD yang memiliki kepantasan 120Hz UltraMotion. Ia juga dilengkapi sistem bunyi stereo Dolby Atmos dan diiktiraf THX.

Malangnya, ia tiada port audio 3.5mm. Perlu menggunakan adaptor USB-C ke 3.5mm, atau fon kepala USB-C atau sambungan wayarles Bluetooth.

Jika mahu kenal dengan lebih lanjut, boleh semak laman produk Razer Phone.

Tags: razerrazer phoneRazer Phone Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Harga Razer Phone di Malaysia bermula dari RM3,199

Harga Razer Phone di Malaysia bermula dari RM3,199

21 December 2017
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER