• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Uncategorized

Tiga aplikasi rahsia Google ini jadikan anda pakar gambar dan video

  • OLEH Najib
  • 7:49 pm
  • 21/12/2017
  • Komen
Tiga aplikasi rahsia Google ini jadikan anda pakar gambar dan video
Share on FacebookShare on Twitter

Google memang terkenal dengan pelbagai aplikasi bertahap Beta atau ujian. Baru-baru ini, mereka mengumumkan tiga aplikasi fotografi di tahap ujian yang tergolong dalam siri appsperiments.

Aplikasi ini mepergunakan beberapa teknologi Google yang masih dalam ujian seperti pengecaman objek, mengesan orang, algoritma gaya, serta teknologi pemampatan gambar yang efisyen, di antaranya.



Tiga aplikasi ini diberi nama Storyboard, Selfissimo!, dan Scrubbies.

Storyboard adalah aplikasi yang boleh mengubah video dan disusun ibarat membaca komik, dengan penapis kesan seni ibarat buku komik jua. Walaupun populariti penapis ini agak kurang menarik perhatian kebelakangan ini, mungkin pengunaannya di video menjadikannya lebih menarik.



Storyboard secara pintarnya akan memilih bahagian di dalam video, mengenakan penapis buku komik dan menyusunnya di dalam enam gaya visual komik.

Buat masa ini, Storyboard hanya boleh digunakan di Android sahaja. Muat turunnya di Google Playstore.

Selfissimo! adalah aplikasi yang direka untuk swafoto, seperti namanya. Ia adalah aplikasi yang akan menangkap gambar swafoto secara automatik setiap kali berhenti bergerak. Bermakna, gayakan gerakan anda sesuka hati dan berhenti jika mahu gaya itu dirakam.

Tetapi, ia hanya menangkap gambar hitam putih sahaja, tiada berwarna. Kemudian, ia akan mengumpulkan tangkapan gambar tadi ibarat sebuah album.

Berita baik untuk semua, aplikasi Selfissimo! boleh digunakan di iOS dan Android. Muat turunnya di Apple Appstore atau Google Playstore.

Aplikasi ketiga, Scrubbies adalah untuk mengedit video. Ia sebenarnya ibarat Boomerang, tetapi jauh lebih berkuasa. Pengguna hanya menggunakan gerakan jari untuk menjadikan video bergerak ke depan, ke belakang, pantas atau perlahan dan berulang-ulang.

Ia ibarat menjadi DJ untuk video. Gunakan satu jari untuk memainkan video, dan dua jari bagi mengawal pergerakan.

Yang sedihnya pula, Scrubbies disediakan untuk iOS sahaja. Muat turunnya di Apple Appstore.

Tunggu apa lagi, muat turun aplikasi ujian ini dan berikan maklumbalas anda menggunakan pautan di dalam aplikasi untuk Google memperbaikinya. Hasilkan gambar dan video yang lebih menarik dengan tiga appsperiments ini.

[Sumber: TechCrunch, Google]

Tags: GoogleGoogle AppsperimentsGoogle BetaGoogle ScrubbiesGoogle SelfissimoGoogle StoryboardScrubbiesSelfissimoStoryboard
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Tiga aplikasi rahsia Google ini jadikan anda pakar gambar dan video

Tiga aplikasi rahsia Google ini jadikan anda pakar gambar dan video

21 December 2017
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER