• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan Pasang Apps PDRM Palsu Jika Taknak Wang Anda Disedut Keluar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:34 pm
  • 22/12/2017
  • Komen
Jangan Pasang Apps PDRM Palsu Jika Taknak Wang Anda Disedut Keluar
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) telah mengeluarkan amaran awam berkaitan satu sindiket penipuan menggunakan telefon pintar. Sindiket ini berselindung disebalik app Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang palsu dan ia digunakan untuk memancing maklumat perbankan mangsa.

Hal ini berikutan terdapat peningkatan laporan daripada institusi kewangan tentang kehilangan wang dalam akaun melalui transaksi yang tidak sah.



Modus operandi yang digunakan adalah seperti berikut:

  1. Penipu, menyamar sebagai anggota polis, menelefon mangsa dan memaklumkan bahawa mereka telah terlibat dengan aktiviti menggubah wang.
  2. Penipu mengugut akan mengeluarkan waran tangkap serta memaksa mereka memuat turun dan memasang App palsu di telefon seperti yang dihantar pada SMS.
  3. App palsu yang dipasang akan mengambil alih Default SMS App.
  4. App palsu akan menghantar segala kandungan SMS kepada penipu termasuklah nombor TAC yang akan digunakan untuk menyedut wang daripada akaun mangsa.

Walaupun nampak tidaklah kompleks, tapi modus operandi ini dilihat berjaya sehingga myCert terpaksa mengeluarkan amaran ini. Oleh sebab itu, kita perlulah peka dan mengambil inisiatif memaklumkan orang disekeliling tentang bahaya ini.



Antara cadangan kami adalah:

  1. Jangan melakukan sebarang urusan perbankan melalui telefon jika pihak bank yang menelefon anda, terutamanya yang melibatkan maklumat sensitif seperti nombor kad pengenalan dan nombor kad bank. Sebaliknya, terus ke kaunter ataupun anda telefon sendiri pihak bank menggunakan nombor yang ada di laman web rasmi mereka.
  2. Jangan pasang apa-apa App selain daripada yang ada di PlayStore.
  3. Laporkan ke pihak berkuasa jika anda berdepan dengan cubaan menipu supaya ia tidak berlaku pada orang lain.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pihak MyCERT melalui mana-mana saluran berikut:

  • emel: [email protected] atau [email protected]
  • Telefon 1: 1-300-88-2999 (waktu pejabat)
  • Telefon 2: +60192665850 (24 jam)
  • Faks: +60389453442
  • SMS: CYBER REPORT [emel anda] [aduan] ke 15888
  • Laman Web
  • Twitter
  • Facebook
  • App Android
  • App iOS

[Sumber: MyCERT]

Tags: amaranandroid appandroid osmycertpalsupdrmpenipuanphishing scamphishing scam malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jangan Pasang Apps PDRM Palsu Jika Taknak Wang Anda Disedut Keluar

Jangan Pasang Apps PDRM Palsu Jika Taknak Wang Anda Disedut Keluar

22 December 2017
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN