• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Pemenang utama Celcom Game Hero bawa pulang kereta BMW

  • OLEH Najib
  • 4:22 pm
  • 22/12/2017
  • Komen
Pemenang utama Celcom Game Hero bawa pulang kereta BMW
Share on FacebookShare on Twitter

Pertandingan Celcom Game Hero pusingan kedua, Se7en Gear menamatkan pusingan akhirnya hari ini apabila menemui pemenang utamanya yang membawa pulang sebuah kereta BMW 3-series. Acara dengan kerjasama Celcom dan Techninier ini merupakan salah satu dari pertandingan mudah alih terbesar di Malaysia.

Celcom Game Hero – Se7en Gear telah berjalan selama empat bulan, dan mengumpulkan enam peserta terbaik yang berentap dalam pusingan akhir hari ini. Muhamad Fakhrorazi dari Perak, muncul juara apabila menewaskan pesrta lain dengan mengutip markah tertinggi sebanyak 27,800 mata. Beliau menerima hadiah utama berupa kereta BMW 3-series.



Tempat kedua pula dipegang oleh Oh Boon Jin, juga dari Perak yang mengumpul 25,900 mata untuk pulang bersama hadiah berupa kereta Honda Jazz.

Manakala tempat ketiga milik Mohammad Aslan dari Sabah yang memperoleh 25,640 mata dan melayakkan beliau mendapat sebuah kereta Perodua Bezza. Tiga lagi peserta pusingan akhir menerima hadiah berupa peranti dan telefon pintar terbaru.



Celcom dan Techninier akan meneruskan lagi pertandingan Celcom Game Hero ke pusingan ketiga, dengan permainan bertajuk ‘Kill Shot Legacy‘. Ia telah bermula sejak 7 November lepas dengan tema tembak menembak.

Seperti biasa, peserta dengan markah terkumpul tertinggi akan menyertai pusingan akhir untuk merebut hadiah lumayan berbentuk wang tunai berjumlah RM300,000.

Permainan ‘Kill Shot Legacy’ ini hanya boleh disertai oleh pengguna Celcom, dan perlu dilanggan pada kadar RM3 seminggu. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb www.gamehero.my sekarang.

Tags: celcomCelcom Game HeroKill Shot LegacySe7en GearTechninier
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Pemenang utama Celcom Game Hero bawa pulang kereta BMW

Pemenang utama Celcom Game Hero bawa pulang kereta BMW

22 December 2017
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN