[Reviu] Voyager 3200 dan BackBeat 505, Dua Buah Headset Bluetooth Yang Lain Daripada Lain

Pendahuluan

Semakin banyak telefon yang mula menyisihkan port audio 3.5mm sekarang. Arakian, bermulalah pengembaraan mencari pengubat kekurangan itu. Headset berasaskan Bluetooth adalah penyelesaiannya tetapi dengan ribuan calon di luar sana, yang manakah mampu menjadi halwa telinga dan mesra bajet?

Nama Plantronics tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia telekomunikasi. Daripada industri penerbangan hinggalah angkasa lepas, produk Plantronics sudahpun berada dalam kabin-kabin pesawat sejak 1960-an. Dua headset Bluetooth daripada Plantronics telah tiba di meja editor kami iaitu:

  1. Plantronics Voyager 3240
  2. Plantronics BackBeat 505

Adakah kedua-duanya mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang pada penggunanya? Teruskan membaca artikel ini.


Plantronics Voyager 3240

Satu ketika dulu, headset jenis ini memang menjadi kegilaan terutamanya pada golongan kontraktor yang sentiasa memburu tender-tender kerja. Tetapi dek peralihan angin, pengguna kini lebih terarah kepada aplikasi permesejan seperti Whatsapp.

Unit yang kami terima adalah Voyager 3240. Ia adalah headset bluetooth dalam siri Voyager 3200 yang mempunyai kelebihan memiliki bekas pengecas khas.. Ditujukan pada golongan professional, rekaannya kompak dan tidak terlalu menonjol sehinggakan nampak janggal jika berada di tempat awam.

Spesifikasi Utama Headset:

  • Tiga mikrofon dengan fungsi penyaring hingar serta teknologi audio berdefinisi tinggi
  • Bekas pengecas yang beri 10 jam tambahan waktu penggunaan
  • Pengaktifan Cortana, Google Assistant & Siri menggunakan suara

Sungguhpun kompak, saya menemui pelbagai komponen pada unit ini. Salah satunya adalah sensor pintar yang pintar yang menyalurkan audio panggilan terus ke headset sejurus anda memakainya untuk berbual.

Kemudian, tiga mikrofon dengan teknologi penyaring hingar berjaya ditempatkan secara efisien dalam ruang yang terhad. Terdapat juga butang pengawal seperti butang mute dan pengawal aras suara untuk kemudahan pengguna.

BACA  [Reviu] Ulasan Awal iPhone XR, kurang berbaloi tapi paling murah untuk kelasnya

Beralih pada bekas pengecas pula, ia adalah sesuatu yang unik dan jarang ditemui pada produk lain. Dimaklumkan mampu memberikan hingga 10 jam waktu penggunaan tambahan kepada 6 jam yang sedia ada pada unit headset, anda mampu beroleh 16 jam waktu penggunaan, itupun jika digunakan terus menerus tanpa henti.

Pendek kata, 16 jam waktu penggunaan adalah amat panjang dan anda tak perlu risau kehabisan tenaga. Tambah menarik, ia disertakan penggantung khas untuk anda menggantungkannya pada pinggang sepert sebuah sarung pistol.

Pengalaman Mengguna

Pemakaian Voyager siri 3200 amat selesa walaupun dipakai dalam satu jangka masa yang panjang. Beberapa saiz penyesuai disediakan jika anda berasa kurang selesa dengan cengkaman pada telinga.

Untuk memaksimumkan potensi headset Plantronics, saya memasang apps PLT HUB pada telefon Android. Melalui apps ini, anda boleh mengawal selia tetapan headset yang mungkin tidak boleh dilakukan terus pada headset.

Untuk kualiti suara semasa bersembang, saya dapati ia memang menepati apa yang diiklankan. Bagi mendemonstrasikan keupayaan mikrofon penyaring hingar pada Voyager 3200 ini, saya kepilkan dua audio yang dirakam di tempat yang sama tetapi satu bersumberkan headset Bluetooth dan satu lagi terus daripada telefon.

Sampel daripada Xiaomi Mi A1

Sampel daripada Plantronics Voyager 3200

Setelah berpuas Hati dengan hasilnya, saya berpindah pula ke headset kedua iaitu Plantronics Backbeat 505.