fbpx

[Reviu] Voyager 3200 dan BackBeat 505, Dua Buah Headset Bluetooth Yang Lain Daripada Lain

Plantronics BackBeat 505

Plantronics BackBeat siri 505 adalah sebuah headset jenis closed-back. Ia hadir dengan badan plastik kebanyakannya kecuali pada satu gegelung besi yang menjadi rangka headfon ini.

Rekaannya minimalistik dan tidak terlalu “Ah Beng” seperti headset Beats Audio lebih-lebih lagi pada logo Plantronic hanya mengambil secebis ruang pada unit ini.

Spesifikasi Utama headset:

  • 18 jam waktu penggunaan
  • Pemacu audio 40 mm dengan subwoofer pasif
  • Aliran audio secara Bluetooth ataupun kabel
  • Mikrofon disediakan

Pada earcup sebelah kiri, anda akan menemui butang kawalan seperti suara, play/pause, port pengecas, serta port audio 3.5mm. Pada bahagian kanan pula, Plantronics menempatkan butang kuasa, mikofon, serta butang arahan suara yang boleh mengaktifkan pembantu maya seperti Cortana, Google Assistant, dan Siri.

Untuk keselesaan, sepasang memory foam hadir untuk menambat telinga pada headset. Foam yang sama turut hadir pada kerangka penyambung untuk beri keselesaan terutama di bahagian atas kepala.

Pengalaman Mengguna

Satu perkara yang saya amat gemari tentang BackBeat 505 adalah ia mampu beroperasi dalam dua mode, sama ada menggunakan Bluetooth ataupun secara kabel seperti headset yang lain. Ia memberikan hiburan tanpa henti walaupun saya sudah menghabiskan 18 jam tenaga bateri pada headset ini.

Daripada segi kualiti audio, saya sendiri tak mampu bezakan sama ada daripada Bluetooth mahupun kabel. Daripada ujian menggunakan Spotify dengan setting Extreme Quality, audio yang dipersembahkan BackBeat amat memuaskan.

Baik daripada segi Bass dan Treble, ia memberikan respons kepada julat frekuensi yang lebar. Maka, untuk pengguna bukan audiofilia seperti saya, ia adalah amat mencukupi.

Hanya satu kelemahan yang saya ingin utarakan pada headset ini. Pad telinga yang diberikan pada set ini agak kecil lebih-lebih lagi dengan pada memory foam sisi kiri dan kanan. Ia memberi tekanan yang agak kuat pada keseluruhan telinga dan pemakaian pada jangka masa yang panjang menjadikan saya kurang selesa.

BACA  Hands-on Galaxy Fold: Telefon Boleh Lipat Terbaik, Setakat Ini

Tapi, kompromi harus dilakukan sekirangnya anda inginkan sebuah headset dengan tahap mobiliti yang tinggi. Jika tak, anda tersangkut dengan headset besar gedabak seperti Razer Tiamat ini.


Kesimpulan

Dua produk daripada Plantronics yang saya uji ini memang berkualiti. Tidak hanya pada kualiti binaan, prestasi lebih-lebih lagi pada kualiti audionya yang mengasyikkan, sekurang-kurangnya pada gegendang telinga saya.

Beberapa senario yang saya fikirkan produk-produk ini akan menyerlah adalah seperti berikut:

  1. Anda seorang pemain tegar Pokemon Go ataupun Ingress yang sentiasa perlu berkomunikasi dengan ahli kumpulan yang lain melalui Discord.
  2. Anda seorang pelajar di bandar Kuala Lumpur yang berulang-alik antara kolej dan kampus dan memerlukan headset bertahap mobiliti tinggi.
  3. Anda miliki sebuah tablet seperti Huawei MediaPad M3 Lite yang ada fungsi telefoni dan anda perlukan sebuah headset Bluetooth berkualiti untuk menggunakan fungsi tersebut.

Kedua-dua produk yang saya cuba dalam artikel ini dijual pada harga seperti berikut:

  • Plantronics Voyager 3240 – RM 589
  • Plantronics BackBeat 505 – RM 499

Hadir dengan jaminan 2 tahun, anda boleh membeli apa-apa produk Plantronics daripada senarai pengedar sah di laman rasmi mereka.

Contents