Dengan ConnectMe, Anda Boleh Berinternet Meski Rumah Anda Di Tengah Hutan

Satu servis Internet yang baru bakal diperkenalkan pada bulan Mac 2018 kelak oleh ConnectMe. Jika lokasi kediaman anda mempunyai cakupan 4G LTE yang lemah dan UniFi masuh belum menyapa, ConnectMe akan gunakan satelit telekomunikasi untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada anda.

Untuk permulaan sebanyak 2 pelan ditawarkan iaitu:

Daripada segi bayaran, pelan On-Demand memerlukan anda membayar pendahuluan sebanyak RM2,500, yuran tahunan RM500, dan pemasangan RM500. Untuk data, anda dikenakan bayaran RM25/GB secara guna-dan-bayar.

Plean Fixed pula bertindak seperti internet Unifi. Anda dikenakan caj sebanyak RM450/bulan dengan kuota 25GB. Caj pemasangan dikenakan sebanyak RM500 dan Wi-Fi Router tidak disediakan.

Disebabkan ia bergantung pada satelit untuk berhubung, keadaan cuaca pastinya akan mempengaruhi kualiti perkhidmatan. Lihat sajalah pada perkhidmatan Astro yang tergendala semasa hari hujan.

Selain nama syarikat dan pelan, siapakah nama besar disebalik CONNECTme tidak didedahkan. Walau bagaimanapun, empunya domain CONNECTme ialah MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd., yang ada kaitan dengan ASTRO.

Layari laman rasmi CONNECTme untuk maklumat lanjut.

BACA  Realme akan datang ke Malaysia mencabar takhta raja telefon kelas pertengahan