• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon pintar SHARP AQUOS S2 jauh berbeza dari yang lain

  • OLEH Najib
  • 6:52 pm
  • 02/01/2018
  • Komen
Telefon pintar SHARP AQUOS S2 jauh berbeza dari yang lain
Share on FacebookShare on Twitter

Memang dah jadi trend pengeluar telefon menghasilkan telefon nirbingkai, tapi semua menggunakan rekaan yang hampir sama. Cuma iPhone X yang sampai ke Malaysia, menggunakan rekaan skrin terbonjol di atas.

Jika anda gemarkan sesuatu yang lain dari orang ramai, apa kata perhatikan telefon pintar SHARP yang baru sampai di Malaysia ini, AQUOS S2.



Dari depan, ia kelihatan seperti telefon pintar Essential Phone kerana terdapat satu bulatan di bahagian atas yang menempatkan kamera depan. Tetapi di bahagian belakang, Aquos S2 saling tak tumpah seperti iPhone X yang meletakkan dwi-kamera secara menegak.

Unik bukan?



SHARP AQUOS S2 adalah telefon pintar kelas pertengahan, tetapi dalam kelompok sedikit atas. Ia menggunakan cip Snapdragon 630 yang dipadankan bersama 4GB RAM dan 64GB storan dalaman. Storan boleh diperluaskan melalui kad mikroSD di slot hibrid kad sim.

Teknologi pengimejan AQUOS S2 tidak kurang dahsyatnya. Di belakang ia dilengkapi dua kamera gandingan sensor 12MP f/1.7 berkuasa dwi-PDAF 1.4-mikron, bersama sensor 8MP. Kamera hadapan pula 8MP dengan sensor sebesar 1.4-mikron, menangkap lebih cahaya agar swafoto lebih cerah.

https://www.youtube.com/watch?v=u8FQ9kFElDk

Skrin AQUOS S2 berukuran 5.5-inci, memiliki resolusi HD Penuh+ (2040×1080) dengan nisbah 17:9. Ia dimuatkan bateri sebesar 3,020mAh dan dicas melalui port USB-C. Satu perkara perlu diambil perhatian, AQUOS S2 tidak memiliki port audio 3.5mm.

SHARP menggunakan antaramuka Smile UX yang dilengkapi kecerdasan pintar (AI), berasaskan sistem operasi Android Nougat 7.1.1, yang akan menerima naik taraf ke Android 8.0 Oreo kelak.

Paling utama, harga SHARP AQUOS S2 ini tidak melampau tinggi sehingga RM5 ribu. Sebaliknya, ia cuma RM1,299 termasuk GST dengan tiga warna pilihan iaitu Hitam, Biru dan Putih. Ia diedarkan oleh Thorus Technology Sdn Bhd di Malaysia.

Telefon pintar SHARP AQUOS S2 akan mula dijual di Malaysia pada 6 Januari 2018. Tetapi pra-tempahan telah pun dibuka sehingga 3 Januari 2018, di mana tempahan awal ini akan menerima set kepala Bluetoth SLS-100 secara percuma.

Tempahan awal SHARP AQUOS S2 boleh dibuat dalam talian menerusi portal Lazada, 11street, Shopee, DirectD dan juga SatuGadget. Jangan terlepas mendapatkan hadiah percuma dengan membuat tempahan awal sekarang.

Maklumat lanjut tentang telefon pintar SHARP AQUOS S2 ini boleh didapati menerusi Facebook Sharp Mobile Malaysia.

Tags: AQUOS S2AQUOS S2 MalaysiaSHARPSHARP AQUOS S2SHARP AQUOS S2 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Telefon pintar SHARP AQUOS S2 jauh berbeza dari yang lain

Telefon pintar SHARP AQUOS S2 jauh berbeza dari yang lain

2 January 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER