• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Laptop baru Surface akan tiba di Malaysia tak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 5:50 pm
  • 03/01/2018
  • Komen
Laptop baru Surface akan tiba di Malaysia tak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 4/1/2018 1.30pm – Lazada beri maklumat lanjut tentang tempahan.

Selain tablet 2-dalam-1 Surface Pro, Microsoft juga ada menghasilkan komputer lain seperti Surface Laptop dan komputer semua-dalam-satu Surface Studio. Bagaimanapun, ia masih belum dijual di Malaysia.



Tetapi sesuatu telah muncul di Lazada yang memperlihatkan Microsoft Surface Laptop akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Lazada telah menghantar emel promosi yang menyatakan Microsoft Surface Laptop boleh mula ditempah pada 10 Januari 2018.

Malah, laman jualan produk tersebut yang diuruskan oleh Stor Rasmi Microsoft, telah menyenaraikan beberapa model dan warna Surface Laptop yang akan dijual di Lazada kelak.



Senarai harga dan spesifikasinya pula adalah seperti berikut:

  • RM4,499 – Intel Core i5, 4GB RAM, 128GB SSD
  • RM5,849 – Intel Core i5, 8GB RAM, 256GB SSD
  • RM7,199 – Intel Core i7, 8GB RAM, 256GB SSD
  • RM10,029 – Intel Core i7, 16GB RAM, 512GB SSD

Empat warna disediakan iaitu Platinum, Burgundy, Cobalt Blue dan Graphite Gold. Pembeli boleh menerimanya seawal 15 Februari 2018, lebih sebulan dari hari pertama tempahan.

Surface Laptop adalah sebuah laptop, berbeza dengan Surface Pro yang berasaskan tablet. Ia melekat kekal dengan papan kekunci, dan boleh diputarkan sedikit lebih sudut 90-darjah.

Skrin Surface Laptop berukuran 13.5-inci dengan resolusi HD Penuh dan nisbah 3:2 yang sama dengan Surface Pro, serta memiliki fungsi skrin sentuh. Kekuatan utama Surface Laptop adalah pada baterinya, yang dikatakan boleh bertahan sehingga 14.5 jam dengan sekali caj.

Satu perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah berkenaan sistem operasi Surface Laptop. Ia tidak menggunakan Windows 10 biasa, sebaliknya menjalankan versi lebih ringan Windows 10 S.

Microsoft menyatakan ia lebih selamat dan pantas dari Windows 10 biasa, tetapi hanya boleh memasang aplikasi yang dimuat turun dari Windows Store sahaja. Bagaimanapun, pengguna boleh menaik taraf ke Windows 10 Pro dengan bayaran tambahan.

Untuk sambungan pula, Surface Laptop masih di takuk lama seperti Surface Pro dengan memiliki hanya satu port USB3.0, satu port audio 3.5mm, satu mini DisplayPort dan satu Surface Connect.

Adakah anda sanggup membelanjakan lebih dari RM4,499 untuk mendapatkan Surface Laptop dengan tenaga berpanjangan tetapi OS dibantutkan ini? Jika ya, bersiap sedia dalam seminggu akan datang serta penantian lebih sebulan seterusnya untuk memilikinya.

KEMASKINI 4/1/2018 1.30pm:

Lazada memaklumkan hanya satu warna akan terdapat semasa tempahan awal, iaitu warna Platinum. Tempahan ini akan tiba ke tangan pengguna seawal 15 Februari 2018.

Lazada juga akan menjadi penjual eksklusif bagi Surface Laptop ini. Jika berminat, daftarkan minat anda di sini untuk menjadi yang terawal mendapat berita tentangnya.

Tags: MicrosoftMicrosoft SurfaceMicrosoft Surface LaptopSurface LaptopSurface Laptop Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Laptop baru Surface akan tiba di Malaysia tak lama lagi

Laptop baru Surface akan tiba di Malaysia tak lama lagi

3 January 2018
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN