• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

5 aplikasi terbaik untuk jimat data dan storan di telefon Android

  • OLEH Najib
  • 11:11 pm
  • 04/01/2018
  • Komen
5 aplikasi terbaik untuk jimat data dan storan di telefon Android
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun telefon pintar semakin canggih, tetapi hanya segelintir pengguna yang memiliki perkakas tercanggih. Kebanyakan orang di luar sana, memiliki bajet kecil dan menggunakan telefon pintar dengan pemproses rendah, RAM kecil, storan cukup makan serta kuota internet ala kadar.

Di sini kami ingin berkongsi 5 aplikasi yang ringan dan bersaiz kecil, serta tidak memakan data yang banyak apabila digunakan. Ia sangat sesuai untuk mereka dengan storan terhad serta kuota internet sedikit.



1. Opera Mini

Untuk melayari internet, memerlukan pelayar. Opera Mini adalah pilihan terbaik untuk melayari internet tanpa memakan data berlebihan. Ini kerana ia mempunyai keupayaan memampatkan saiz laman web, tetapi akibatnya anda mungkin tidak menerima fungsi penuh laman web tersebut.

Opera Mini juga boleh menyekat (block) iklan dari dipaparkan, menambahkan lagi penjimatan data. Anda boleh memeriksa berapa banyak data telah dijimatkan menerusi ruang tetapan (Settings).



Jika anda dalam perjalanan, anda boleh menggunakan Opera Mini untuk menjimatkan data. Jika anda bersambung ke WiFi tanpa had, boleh kembali menggunakan pelayar Chrome untuk fungsi penuh laman web.

Muat turun Opera Mini: Google Playstore (saiz muat turun 7.37MB)

2. YouTube GO

Menonton video adalah jenayah terbesar buat kuota internet. Penyelesaian yang disediakan Google ini sememangnya banyak membantu. Jika anda gemar menonton YouTube tetapi tidak mahu data mengalir keluar bak sungai, maka YouTube GO wajib anda miliki.

YouTube GO tidak memampatkan saiz video sebaliknya ia memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih saiz video yang bersesuaian, serta memperlihatkan previu melalui gambar animasi. Cara ini lebih menjimatkan data berbanding penggunaan YouTube biasa yang memilih saiz video secara automatik.

Pengguna YouTube GO juga mempunyai pilihan untuk berkongsi video yang telah dimuat turun, tanpa memerlukan sambungan internet. Ia menggunakan teknologi WiFi Direct bagi berkongsi video dengan pantas bersama peranti lain.

Muat turun YouTube GO: Google Playstore (saiz muat turun 8.23MB)

3. Facebook Lite

Makna bersosial masa kini adalah dengan memuat naik gambar dan menulis status di Facebook. Ini juga salah satu pencuri data terbesar, apatah lagi semakin banyak video dikongsi di platform ini.

Facebook Lite sangat sesuai untuk mereka yang kesempitan storan, kerana ia memakan ruang yang kecil. Malah ia juga boleh berfungsi dengan sambungan internet yang perlahan, kerana ia menggunakan data yang sedikit.

Sebagai balasannya, beberapa fungsi tidak dapat digunakan. Tetapi fungsi utama seperti timeline, gambar, mencari rakan serta melihat Pages dan Group boleh digunakan di dalam Facebook Lite.

Muat turun Facebook Lite: Google Playstore (saiz muat turun 1.63MB)

4. Messenger Lite

Messenger Lite memiliki ciri-ciri yang sama seperti Facebook Lite. Saiz pemasangannya kecil dan ia menggunakan data yang sedikit. Ini membolehkannya digunakan pada peranti Android yang kurang berkuasa serta ruang storan yang amat sedikit.

Selain bermesej tanpa had, anda masih boleh membuat panggilan dengan kenalan Facebook menggunakan Messenger Lite. Sedikit sebanyak, ia menjimatkan bil panggilan anda kerana panggilan dibuat menggunakan data. Apatah lagi jika bersambung ke WiFi.

Muat turun Messenger Lite: Google Playstore (saiz muat turun 6.05MB)

5. Twitter Lite

Secara kasar, Twitter tidak memakan data yang banyak. Tetapi jika anda memang berada di dalam situasi yang ekstrem, kehabisan ruang storan dan data internet, maka Twitter Lite memang banyak membantu.

Manakan tidak, saiz pemasangan baru 528kB atau 0.53MB sahaja. Penjimatan data dibuat melalui sekatan media. Gambar dan video hanya dimuat turun apabila anda mahukan sahaja.

Muat turun Twitter Lite: Google Playstore (saiz muat turun 0.53MB)

Tags: FacebookFacebook LiteMessengerMessenger LiteOperaOpera MiniTwitterTwitter LiteYouTubeYouTube Go
Najib

Najib

POPULAR

5 aplikasi terbaik untuk jimat data dan storan di telefon Android

5 aplikasi terbaik untuk jimat data dan storan di telefon Android

4 January 2018
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN