• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Harith Iskander ada rancangan komedi sendiri di Netflix

  • OLEH Najib
  • 4:08 pm
  • 05/01/2018
  • Komen
Harith Iskander ada rancangan komedi sendiri di Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pasti kenal dengan Harith Iskander, pelawak Stand-Up Malaysia bertaraf antarabangsa. Jika anda salah seorang yang meminati beliau, anda bertuah kerana Netflix akan menayangkan rancangan komedi istimewa yang berjudul ‘I Told You So‘.

Peminat akan boleh menyaksikan variasi lawak jenaka Harith Iskander menerusi rancangan ‘I Told You So‘ bermula dari 19 Januari 2018. Beliau menyentuh pelbagai topik termasuk kekeluargaan, pengalaman janggal pasangan bercinta, sosial dan kebudayaan yang sering dialami masyarakat di Malaysia dan Singapura.



Selain Harith, Netflix akan turut memaparkan rancangan komedi yang menampilkan dua lagi pelawak, Fakkah Fuzz dari Singapura menerusi rancangan berjudul ‘Almost Banned’ pada 26 Januari dan Kavin Jay dari Malaysia di rancangan ‘Everybody Calm Down!’ pada 2 Februari.

 

This is IT!!! I am the first South East Asian Comedian to have a comedy special on NETFLIX!

“I Told You So” will be premiering on January 19th.

I am honoured and proud to showcase Malaysian comedy to the WORLD – it’s going GLOBAL, yo
Netflix SG Netflix

Posted by Harith Iskander Comedian on Thursday, 4 January 2018

Netflix merupakan penyedia khidmat hiburan internet dengan pelbagai kandungan seperti rancangan TV bersiri, filem, dokumentari dan banyak lagi. Ia boleh ditonton di mana jua menerusi TV, komputer serta peranti mudah alih asalkan ada akses internet. Netflix boleh dilanggan dari serendah RM33 sebulan menerusi laman web www.netflix.com.



Satu lagi platform hiburan internet, iflix lebih awal lagi pada Julai lepas telah melancarkan rancangan komedi asli dari Malaysia bertajuk ‘Oi Jaga Mulut‘. Ia menampilkan hos Hanif Hamzah bersama beberapa pelawak seperti Joanne Kam, Papi Zak, Rayza Mukmin dan ramai lagi dengan lawak tanpa had batasan.

Tags: Harith IskanderI Told You SoNetflixNetflix Original
Najib

Najib

POPULAR

Harith Iskander ada rancangan komedi sendiri di Netflix

Harith Iskander ada rancangan komedi sendiri di Netflix

5 January 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER