• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor View 10 tiba di Malaysia lebih awal dari jadual asal

  • OLEH Najib
  • 9:30 am
  • 05/01/2018
  • Komen
Honor View 10 tiba di Malaysia lebih awal dari jadual asal
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon terhebat honor yang membuat kemunculan pertama bulan lepas, kini telah disahkan tarikh jualannya di Malaysia. Muncul bersama di majlis pelancaran honor 7X, honor View 10 kini diumumkan akan mula dijual pada 12 Januari 2018.

honor View 10 memiliki kuasa sehebat Huawei Mate 10, terutama dengan penggunaan cip AI Kirin 970. Tetapi harga jualannya tidak setinggi mana, hanya RM2,099 untuk kuasa setara Huawei Mate 10.



Seperti biasa, tempahan awal akan dibuka dari 8-10 Januari 2018 dan honor Malaysia menyediakan hadiah percuma bernilai RM699. Tetapi hanya 1,000 tempahan pertama yang akan menerima hadiah percuma ini berupa honor band A2 and Kad Tebusan Final Fantasy.

Tempahan awal honor View 10 boleh di buat di empat platform dalam talian iaitu di Vmall.my, Lazada, 11street dan Shopee. Ia ditawarkan dalam dua warna, Biru dan Hitam.



honor View 10 adalah telefon pertama honor di Malaysia yang dikuasakan kecerdasan pintar (AI), melalui kuasa pemproses Kirin 970. Ia tambah berkuasa dengan penggunaan 6GB RAM bersama 128GB storan dalaman. Tambah menarik, telefon ini datang siap dengan sistem operasi EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo terbaru.

Mengikut trend masakini, honor View 10 memiliki paparan nirbingkai FullView 18:9 berukuran 5.99-inci. Tetapi ia masih boleh memuatkan pengimbas capjari di bahagian depan.

Telefon ini menggunakan dua kamera di belakang, gabungan sensor monokrom 20MP f/1.8 dan sensor RGB 16MP f/1.8. Dukacitanya kamera ini berbeza dengan apa yang terdapat di Huawei Mate 10. Di hadapan pula ia dilengkapi kamera 13MP f/2.0.

Bateri berkapasiti 3,750mAh dimuatkan di dalam honor View 10 dan ia menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharging melalui sambungan USB-C. Nasib baik juga, ia masih memiliki port audio 3.5mm untuk halwa telinga berwayar.

RM2,099 sememangnya harga paling mahal buat telefon pintar honor. Tetapi dengan kuasa besar di dalamnya, ia memang layak untuk duduk bersaing dalam kategori flagship premium. Jangan terlupa tarikh 8 Januari nanti untuk membuat tempahan awal dan menerima hadiah percuma bernilai RM699.

Tags: honorhonor malaysiahonor view 10honor View 10 MalaysiaView 10View 10 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Honor View 10 tiba di Malaysia lebih awal dari jadual asal

Honor View 10 tiba di Malaysia lebih awal dari jadual asal

5 January 2018
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER