• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 5T Versi Sandstone Cetus Nostalgia Lalu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:28 am
  • 05/01/2018
  • Komen
OnePlus 5T Versi Sandstone Cetus Nostalgia Lalu
Share on FacebookShare on Twitter

One Plus 5T dilancarkan secara rasmi dalam bulan November yang lalu. Setakat ini ia ditawarkan dalam warna Midnight Black, dan dua warna edisi terhad iaitu putih Star Wars Edition dan merah Lava Red Edition. Hari ini satu warna baru 5T telah diperkenalkan iaitu White Sandstone.

Ia bertepatan dengan satu video online yang mencadangkan satu varian baru dengan kata kunci Sandstone bakal diperkenalkan tak lama lagi. Sandstone merujuk pada kemasan belakang ikonik pada OnePlus One dan OnePlus 2 yang kasar seperti seketul batu.



Tetapi ia tidak ditawarkan bermula OnePlus 3 selepas OnePlus berkeputusan untuk menggunakan materi besi keseluruhan pada telefon mereka.

Selain badan berwarna putih dengan permukaan kasar, OnePlus 5T White Sandstone tiada bezanya dengan varian yang lain. Ia masih dikuasakan cip Snapdragon 835 yang bergandingan bersama RAM 8GB dan storan 128GB.



Untuk paparan, ia menerima panel AMOLED 18:9 dengan resolusi 2160×1080. Pada bahagian kamera, OnePlus 5T menggunakan pendekatan kamera berkembar belakang dengan pasangan kamera 16MP dan 20MP.

Bateri yang menggerakkan segala komponen elektronik pada telefon ini memiliki kapasiti 3,300mAh dan dicas pantas menggunakan teknologi Dash Charge.

Tiada perkhabaran tentang ketibaan varian ini di Malaysia. Tapi anda boleh membeli varian Midnight Black sekarang pada harga RM2,449 (6GB+24GB) dan RM2,749 (8GB+128GB).

Baca artikel hands-on kami untuk maklumat lanjut.

Tags: OnePlusoneplus 5tOnePlus 5T SandstoneOnePlus 5T White Sandstone
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
OnePlus 5T Versi Sandstone Cetus Nostalgia Lalu

OnePlus 5T Versi Sandstone Cetus Nostalgia Lalu

5 Januari 2018
Memotong barisan di jalan raya kini kesalahan trafik dibawa terus ke mahkamah

Memotong barisan di jalan raya kini kesalahan trafik dibawa terus ke mahkamah

19 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER