Beberapa laptop HP perlu diganti bateri sebelum panas melampau

Pengumuman penting buat pengguna laptop HP. Jika anda membeli laptop HP dalam masa 2 tahun sebelum ini, anda perlu menggantikan bateri laptop HP anda. Ini kerana HP telah membuat pengumuman penggantian bateri untuk beberapa model laptop mereka.

Pengumuman ini dibuat berdasarkan laporan beberapa bateri di laptop HP yang dikatakan terlampau panas, melebur atau kehitaman. Walaupun ia berlaku kepada beberapa pengguna sahaja, HP ingin mengambil langkah selamat dengan menggantikan semua bateri di laptop yang terlibat.

Senarai laptop yang terlibat adalah:

  • HP Probook 640 G2
  • HP ProBook 645 G2
  • HP ProBook 650 G2
  • HP ProBook 655 G2
  • HP ProBook 640 G3
  • HP ProBook 645 G3
  • HP ProBook 650 G3
  • HP ProBook 655 G3
  • HP ZBook 17 G3
  • HP ZBook 17 G4
  • HP ZBook Studio G3
  • HP x360 310 G2
  • HP Pavilion x360
  • HP ENVY m6
  • HP 11 Notebook PC

Bateri yang dilaporkan bermasalah ini, turut dijual sebagai aksesori atau dijadikan penggantian oleh HP sebelum ini. Jika anda ada menukar bateri laptop HP yang terlibat sebelum ini, maka bateri tersebut masih perlu ditukar.

HP ada menyediakan aplikasi untuk menyemak jika laptop HP anda terlibat. Anda boleh memuat turun aplikasi HP Battery Validation Utility di sini. Maklumat penuh aplikasi ini boleh disemak di laman HP Battery Program Validation Utility.

HP turut mengeluarkan kemaskini BIOS yang memasang fungsi Battery Safety Mode. Ia akan berhenti mengecas bateri apabila pengguna menyambungkan kabel kuasa ke laptop. HP menggalakkan pengguna untuk mengaktifkan Battery Safety Mode sehinggalah bateri laptop tersebut diganti.

Maklumat lanjut tentang penggantian bateri laptop HP ini boleh dirujuk di laman pengumuman HP.

BACA  Ini rupa Huawei Mate 20 paling jelas dengan modul kamera segi empat sama

[Sumber: TheStar]