Inilah Kabel Pengecas Terpintar Dunia Dan Ia Buatan Malaysia

Kabel pengecas adalah sesuatu yang amat susah dijaga. Akibat penggunaan intensif, kabel pengecas sering rosak dek wear-and-tear. Lebih mengeruhkan keadaan, kabel pengecas itu terkandung padanya teknologi proprietari pengecasan pantas.

Bertitik tolak daripada masalah itu, sekumpulan penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membangunkan satu kabel pengecas yang bukan saja pintar, malahan ia sangat utuh untuk menahan cara guna yang ekstrim.

Antara ciri pintar yang disuntik pada kabel ini adalah seperti Smart Sensing. Lampu LED akan memancarkan warna tertentu jika tenaga yang mengalir padanya tidak cukup kuat untuk mengecas telefon ataupun anda ia sedang mengecas dalam kadar pelahan.

Masalah overcharge tidak lagi ada pada kabel ini kerana ia akan memotong tenaga kepada telefon sejurus mengesan bateri sudah dicas penuh.

Fungsi Charge Booster pula akan menggandakan kadar mengecas. Ia dimungkinkan dengan mematikan fungsi pemindahan data melalui kabel bagi memberi laluan kepada pin kabel untuk menghantar tenaga ke bateri telefon.

Ciri ketahanan kabel ini tidak boleh dipandang ringan. Lihat saja perkataan “Kevlar” pada helaian spesifikasi sudah cukup mengujakan saya. Ia adalah bahan sama yang digunakan pada sut kalis peluru, lebih 240 kali ganda lebih utuh berbanding kulit manusia atau 1 kali ganda lebih berbanding besi baja.

Di dalam makmal, ia ketahanannya diuji. Penyelidik membengokkan kabel ini sebanyak 15 ribu kali dan melakukan aksi plug masuk dan keluar sebanyak 10 ribu kali.

Kabel ini masih belum berada dalam pasaran. Ia kini dalam fasa penghasilan pukal dan dijangka mula dipasarkan dalam bulan April 2018 pada harga RM89 seunit. Jika anda ingin mengunci satu kabel untuk anda, pengeluar Charby kini sedang menjalankan kempen Indiegogo bagi mengumpul dana.

BACA  Headfon Untuk Travel Sony Yang Terbaik Kini Lebih Baik

Terus ke laman Indiegogo untuk menyumbang ataupun ke laman rasmi produk atau Facebook untuk maklumat lanjut.