Jam Tangan Garmin Kini Boleh Mengalunkan Muzik Ke Telinga Semasa Bersenam

Garmin siri Forerunner adalah siri jam tangan kecergasan yang memiliki ciri-ciri penjejak kesihatan seperti GPS dan denyut nadi. Ia adalai versi “Lite” kepada siri Fenix yang lebih ditujukan pada aktiviti lasak.

Walau bagaimanapun, setakat hari ini, belum ada mana-mana produk Garmin yang boleh memainkan muzik terus daripada jam untuk menemani pemakai semasa beraktiviti sehinggalah kehadiran Forerunner 645 Music yang dilancarkan di CES 2018.

Jam tangna ini memiliki storan dalaman 3.5GB untuk menyimpan lagu dan menyalurkan runut-runut bunyi melalui sambungan Bluetooth. Ia juga menyokong memuat turun senarai lagu daripada penstriman dalam iHeartRadio. Platform penstriman yang lain akan ditambah daripada masa ke masa.

Untuk spesifikasi asas, badan jam ini ditempa daripada kaca terbaja dan saiz mukanya adalah 30.4mm dengan panel berwarna beresolusi 240 x 240. Ia memiliki kekalisan air sehingga 5ATM.

Sensor-sensor yang akan ditemui pada jam ini adalah seperti:

  • GPS
  • GLONASS
  • Pengimbas Nadi
  • Barometer
  • Kompas
  • Giroskop
  • Akselerometer
  • Termometer

Forerunner 645 Music akan dijual pada harga bermula USD 449 (RM 1,798) manakala versi yang tidak mempunyai keupuyaan memainkan muzik dijual pada harga bermula USD 399 (RM 1,598).

BACA  Suntikan Porsche Buatkan Mate20 RS Nampak Elegan