• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Doogee V bakal satukan iPhone X dan Galaxy S9

  • OLEH Najib
  • 4:22 pm
  • 09/01/2018
  • Komen
Doogee V bakal satukan iPhone X dan Galaxy S9
Share on FacebookShare on Twitter

Nampak gayanya, bonjolan skrin depan iPhone X adalah satu rekaan yang diminati ramai. Apakan tidak, Leagoo S9 telah diberi petunjuk memiliki rekaan bonjolan serta kamera belakang seakan iPhone X.

Ini diikuti pula oleh SHARP AQUOS 2, yang menggunakan rekabentuk kamera belakang seakan iPhone X jua. Terbaru, satu lagi syarikat pengeluar telefon China cuba mengikut jejak langkah rekaan iPhone X.



Menurut @evleaks yang sering mendedahkan rekaan telefon pintar dengan tepat, Doogee V adalah model terbaru dari Doogee yang memiliki rekaan skrin terbojol seperti iPhone X. Bukan itu sahaja, rekaan belakangnya pula amat menyerupai rupa Samsung Galaxy S9 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

6.2-inch Doogee V with in-display fingerprint scanner pic.twitter.com/mqn9w3UjHc

— Evan Blass (@evleaks) January 6, 2018

Pendek kata, Doogee V menggabungkan bahagian depan iPhone X bersama bahagian belakang Galaxy S9. Miliki dua model terhebat dalam satu unit.



Tetapi satu fungsi yang benar-benar baru terdapat pada Doogee V adalah pengimbas capjarinya yang dikatakan terdapat di dalam skrin hadapan. Setakat ini, masih belum ada pengeluar yang menghasilkan telefon pintar dengan pengimbas capjari di dalam skrin, walaupun Synaptics telah mengumumkan sensor buatannya telah sedia digunakan untuk penghasilan besar-besaran.

Masih belum ada berita sahih tentang Doogee V ini, tapi beberapa kesimpulan boleh dibuat berdasarkan gambar yang didedahkan evleaks ini. Seperti adanya dua kamera belakang bersama dua led flash, pengecasan USB-C serta port audio 3.5mm.

Skrin Doogee V dikatakan sebesar 6.2-inci dengan nisbah 18:9. Ia juga akan dimuatkan dengan 8GB RAM, memberi petunjuk ia mungkin memiliki spesifikasi yang tinggi.

[Sumber: evleaks]

Tags: apple iphoneDoogeeDoogee VGalaxy S9iPhone XsamsungSamsung Galaxy S9
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Doogee V bakal satukan iPhone X dan Galaxy S9

Doogee V bakal satukan iPhone X dan Galaxy S9

9 Januari 2018
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER