• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini Sebabnya Mengapa Razer Phone Miliki Rupa Fizikal Yang Hodoh

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:09 am
  • 10/01/2018
  • Komen
Ini Sebabnya Mengapa Razer Phone Miliki Rupa Fizikal Yang Hodoh
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda boleh imbau kenbali peristiwa tahun lepas tentang pengambilalihan Nextbit oleh Razer, anda pasti boleh mengaitkan rupa paras Razer Phone dengan Robin, telefon yang pernah dihasilkan Nextbit. Tapi, terdapat cerita lain disebalik bentuk kuboid bersisi tajam yang dimiliki Razer Phone. Jawapannya ada pada Projek Linda.

Pada temasya CES 2018 yang sedang berlangsung di Las Vegas, Razer mempamerkan satu prototaip yang unik, sebuah dock yang ber-transform menjadi komputer apabila Razer Phone bergabung dengannya.



Dock Razer ini hanyalah sebuah kerangka seperti laptop yang menempatkan panel paparan, papan kekunci serta sejumlah port USB untuk kemudahan pengguna. Di tempat yang biasanya pad sesentuh diletakkan, telah diubah suai untuk menjadi tempat anda menyisipkan telefon Razer Phone.

Apabila diletakkan, anda perlu menolak port USB-C masuk ke Razer Phone bagi mengaktifkan dock. Ia macam implementasi Asus FonePad, Samsung Dex, ataupun Huawei Desktop Mode.



Tapi kelebihan Project Linda adalah pada kerangka itu terdapat storan tambahan serta bateri untuk menyokong penggunaan yang lebih lama.

Masih belum ada berita tentang pengkomersialan produk ini. Walau bagaimanapun, ia memang ada potensi untuk menggantikan netbook untuk professional yang sentiasa bergerak kesana-kemari.

[Sumber: Razer]

Tags: androidces 2018nextbit robinproject lindarazerrazer phone
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Ini Sebabnya Mengapa Razer Phone Miliki Rupa Fizikal Yang Hodoh

Ini Sebabnya Mengapa Razer Phone Miliki Rupa Fizikal Yang Hodoh

10 January 2018
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN