Vivo Ajar Samsung Dan Apple Bagaimana Cara Letak Pengimbas Cap Jari Di Telefon

Pada Disember tahun lalu, Synaptics mengumumkan berjaya menghasilkan pengimbas cap jari yang boleh ditanam disebalik panel paparan dan akan membekalkannya kepada 5 pengeluar telefon teratas.

Nampaknya vivo adalah salah seorang daripadanya kerana ia kini mempamerkan prototaip telefon vivo yang menggunakan pengimbas cap jari dalam-paparan pertama dunia di CES 2018.

TheVerge yang kini berada di sana merasai sendiri pengalaman menggunakannya melaporkan yang ia berfungsi seperti pengimbas cap jari tradisional telefon lain. Tidak dinafikan yang ia lebih perlahan, tapi anda boleh jangkakan penambahbaikkan yang pantas akan berlaku seperti yang berlaku pada pengimbas cap jari konvesional.

Clear ID FS9500 adalah nama komponen hasilan Synaptic yang diguna pada telefon vivo. Kelebihan menggunakan pengimbas ini adalah pengeluar boleh meletakkanpengimbas pada bahagian depan. Selain itu, ia juga boleh mengimbas cap jari dalam keadaan basar ataupun kotor kerana ia menggunakan gelombang bunyi berbanding gelombang elektrik untuk mengimbas.

Kelemahan paling ketara yang dimilikinya setakat ini adalah ia hanya berfungsi bersama panel paparan OLED dek paparan LCD yang terlalu tebal untuk pengimbas itu mengesan cap jari.

Clear ID FS9500

Bagi memenuhi permintaan pengguna yang mahukan paparan yang lebih luas dalam badan telefon yang kecil, pengeluar terpaksa melakukan kompromi pada pengimbas cap jari. Kebanyakannya memindahkan ke bahagian belakang dan hanya Apple membuang terus Touch ID untuk digantikan dengan Face ID.

Sungguhpun vivo adalah yang pertama mengumumkan prototaip, ramai yang yakin bahawa Samsung akan jadi pertama yang hadir dengan telefon dengan teknologi ini.

[Sumber: TheVerge]

BACA  Ini Adalah Penyelesaian Kepada #chargegate, Menurut Apple