• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Benarkah Xiaomi Mi A1 Ada Pengecasan Pantas Selepas Terima Oreo?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:54 am
  • 11/01/2018
  • Komen
Benarkah Xiaomi Mi A1 Ada Pengecasan Pantas Selepas Terima Oreo?
Share on FacebookShare on Twitter

Saya ingin merujuk pada satu artikel berkaitan Xiaomi Mi A1. Dalam artikel itu, penulis ada menyatakan yang Xiaomi Mi A1 akan menerima fungsi pengecasan pantas sebagai salah satu ciri baru apabila ia menerima kemas kini Oreo.

Ia adalah sesuatu yang baik kerana cip Snapdragon 625 yang diguna pakai oleh telefon ini memang menyokong teknologi pengecasan pantas Qualcomm QuickCharge 3.0. Cuma, untuk mengekalkan harga telefon pada tahap paling rendah, pihak Xiaomi enggan membayar premium untuk menggunakan QuickCharge 3.0.



 

Sejurus menerima kemas kini Android Oreo pada telefon Mi A1 yang sedang saya gunakan sekarang, saya pun cubalah mengecas telefon ini menggunakan pengecas QuickCharge 3.0 dan hasilnya tidaklah memberangsangkan.

Ia tetap mengambil masa hampir 2 jam untuk dicas penuh daripada 2%, sama seperti ketika telefon menjalankan Android Nougat.



Artikel yang mendakwa berjaya mengecas Mi A1 nyata lebih pantas berbanding biasa nampaknya menggunakan blok pengecas OnePlus 5. Dalam artikel itu, penulis berjaya mengecas penuh telefonnya dalam masa 1 jam 32 minit saja.

Maka, saya terfikir, kalau pengguna Xiaomi Mi A1 ingin menikmati pengecasan pantas, adakah mereka perlu membeli set pengecas Dash Charge daripada OnePlust?

Hal ini kerana kedua-dua blok dan kabel pengecas diperlukan bagi mengaktifkan fungsi itu. Dengan persoalan itu, saya merangka satu mini eksperimen untuk mengujinya.
[nextpage title=”Mini Eksperimen & Kesimpulan”]
Saya ambil:

  1. Pengecas Dash Charger daripada OnePlus 5T (Dash Charger)
  2. Kabel USB-C OnePlus 5T (Kabel OP)
  3. Pengecas Tronsmart yang menyokong QuichCharge 3.0 (QC 3.0)
  4. Kabel USB-C Xiaomi (Kabel Xiaomi)

Kemudian, setiap kali paras bateri telefon menurun hingga 2%, saya mengecas telefon menggunakan empat kombinasi berbeza seperti berikut:

  1. Dash Charger dengan kabel OP
  2. Dash Charger dengan kabel Xiaomi
  3. QC 3.0 dengan kabel OP
  4. QC 3.0 dengan kabel Xiaomi

Tempoh mengecas dipantau saya sehingga telefon diisi penuh 100% dan data pengecasan diambil untuk dipersembahkan dalam bentuk graf.


Keputusan & Analisis

Graf di bawah menunjukkan kadar pengecasan Xiaomi Mi A1 dalam empat kadaan berbeza.

Kombinasi 1 (Dash Charger + Kabel OP)

  • 30 minit mengecas catat 36% kenaikan
  • 50% ambil 42 minit
  • 100% ambil 104 minit

Kombinasi 2 (Dash Charger + Kabel Xiaomi)

  • 30 minit mengecas catat 33% kenaikan
  • 50% ambil 47 minit
  • 100% ambil 117 minit

Kombinasi 3 (QC 3.0 + Kabel OP)

  • 30 minit mengecas catat 33% kenaikan
  • 50% ambil 44 minit
  • 100% ambil 106 minit

Kombinasi 4 (QC 3.0 + Kabel Xiaomi)

  • 30 minit mengecas catat 31% kenaikan
  • 50% ambil 51 minit
  • 100% ambil 121 minit

Kesimpulan

Mi A1 memang mampu dicas lebih pantas daripada biasa apabila menggunakan kabel OP. Paling pantas adalah bila Dash Charger digunakan dan kepantasan 104 minit berjaya dicatat. Menggunakan QC 3.0 bersama kabel OP juga menghasilkan keputusan yang hampir serupa iaitu 106 minit.

Kabel Xiaomi mencatatkan kadar pengecasan yang perlahan walaupun digunakan bersama Dash Charger. QC 3.0 yang bergandingan dengan kabel Xiaomi mencatatkan kadar pengecasan paling perlahan iaitu 121 minit.

Daripada rupa fizikal kabel OnePlus sendiri saya boleh rasakan yang ia lebih premium berbanding kabel Xiaomi. Fizik asas menyatakan ketebalan kabel mempengaruhi amaun arus yang boleh dipindahkan dalam satu-satu masa.

Biasanya kabel murah menggunakan wayar berdiameter 0.321mm hingga 0.405mm yang hanya mampu mengalirkan kira-kira 500mA hingga 1,000mA. Kabel yang menyokong pengecasan pantas biasanya menggunakan wayar bersaiz tebal iaitu no. 24 ke atas.

Maka, ketika memilih kabel pengecas, ketebalan wayar turut perlu difaktorkan. Tetapi ketebalan yang dimaksudkan bukanlah termasuk penebatnya ya, cuma diameter wayar gangsa diambil kira.

Jadi, adakah anda bersetuju yang Xiaomi Mi A1 ada pengecasan pantas?

Tags: Mi A1oneplus 5tqc 3.0qc3.0quick charge 3.0Tronsmartxiaomixiaomi mi a1
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Benarkah Xiaomi Mi A1 Ada Pengecasan Pantas Selepas Terima Oreo?

Benarkah Xiaomi Mi A1 Ada Pengecasan Pantas Selepas Terima Oreo?

11 January 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER