Benarkah Xiaomi Mi A1 Ada Pengecasan Pantas Selepas Terima Oreo?

Pendahuluan

Saya ingin merujuk pada satu artikel berkaitan Xiaomi Mi A1. Dalam artikel itu, penulis ada menyatakan yang Xiaomi Mi A1 akan menerima fungsi pengecasan pantas sebagai salah satu ciri baru apabila ia menerima kemas kini Oreo.

Ia adalah sesuatu yang baik kerana cip Snapdragon 625 yang diguna pakai oleh telefon ini memang menyokong teknologi pengecasan pantas Qualcomm QuickCharge 3.0. Cuma, untuk mengekalkan harga telefon pada tahap paling rendah, pihak Xiaomi enggan membayar premium untuk menggunakan QuickCharge 3.0.

 

Sejurus menerima kemas kini Android Oreo pada telefon Mi A1 yang sedang saya gunakan sekarang, saya pun cubalah mengecas telefon ini menggunakan pengecas QuickCharge 3.0 dan hasilnya tidaklah memberangsangkan.

Ia tetap mengambil masa hampir 2 jam untuk dicas penuh daripada 2%, sama seperti ketika telefon menjalankan Android Nougat.

Artikel yang mendakwa berjaya mengecas Mi A1 nyata lebih pantas berbanding biasa nampaknya menggunakan blok pengecas OnePlus 5. Dalam artikel itu, penulis berjaya mengecas penuh telefonnya dalam masa 1 jam 32 minit saja.

Maka, saya terfikir, kalau pengguna Xiaomi Mi A1 ingin menikmati pengecasan pantas, adakah mereka perlu membeli set pengecas Dash Charge daripada OnePlust?

Hal ini kerana kedua-dua blok dan kabel pengecas diperlukan bagi mengaktifkan fungsi itu. Dengan persoalan itu, saya merangka satu mini eksperimen untuk mengujinya.

BACA  Black Shark Helo boleh dibeli di Malaysia serendah RM2,198