Jenama aksesori teknologi paling laris di Jepun, Elecom memperkenalkan powerbank generasi baru yang diberi nama DE-A07-10,000. Menariknya powerbank ini menggunakan bateri diperbuat daripada Lithium-ion Semi-Pepejal, berbanding powerbank konvensional yang menggunakan bateri jenis elektrolit cecair.
Powerbank generasi baru tahan kebakaran

Menerusi teknologi elektrolit gel dari bateri Lithium-ion Semi-Pepejal, powerbank model DE-A07-10,000 ini didakwa dapat membantu mengurangkan risiko kebakaran walaupun powerbank tersebut ditebuk berdasarkan ujikaji yang dijalankan oleh Elecom. Tambahan lagi menurut Elecom, powerbank ini juga berupaya menahan suhu panas dan sejuk yang melampau antara -15 hingga -45 darjah celsius.

Powerbank model A07-10000 ini hadir dengan kapasiti bateri 10,000 mAh yang mampu bertahan lama bagi mengecas peranti, malah ia juga mematuhi piawaian Programmable Power Supply (PPS) dengan penyesuaian voltan pintar dalam skala 0.02v untuk pengecasan optimum. Tambahan lagi, powerbank ini juga boleh digunakan untuk mengecas Nintendo Switch 2, Nintendo Switch dan Nintendo Switch Lite.

Untuk model powerbank A07-10000, dengan paparan LED tersedia ia memudahkan pengguna untuk melihat baki semasa bateri tersimpan. Serta model ini juga dapat mengesan keabnormalan secara automatik dan mematikan litar untuk mengelakkan kemalangan dari berlaku. Bagi kerangka powerbank pula, ia diperbuat daripada plastik kitar semula yang diiktiraf THINK ECOLOGY.

Powerbank ini juga memiliki dua port USB-C dengan gabungan input dan output 35W serta satu port USB-A yang tersedia, bagi pengecasan terus (pass-through) powerbank dan peranti secara serentak.
Tambahan lagi, apabila pengguna mengecas fon telinga (earbuds) ia akan menjadi mod arus rendah apabila mengecas menggunakan port USB-A. Dan powerbank ini turut lepas untuk di bawa naik ke kabin dengan kapasiti 38.5wh yang rendah dari had piawaian syarikat penerbangan.
Harga dan ketersediaan

Untuk powerbank model DE-A07-10000 ini ia didatangi dengan empat warna pilihan iaitu biru, merah jambu, putih dan hitam dengan pengecasan pantas 35W, dan di jual pada harga RM199 untuk pasaran Malaysia.
Rangkaian powerbank Elecon
Selain itu, Elecom turun mempunyai rangkaian model powerbank jenis standard dari Siri A dan juga powerbank jenis tanpa wayar dari Siri B dengan tawaran harga serendah RM89, berikut senarai powerbank dan harganya:

Powerbank jenis standard bagi Siri A
- DE-A01-5000 : bateri 5000 mAh, pengecasan pantas 15W berharga RM89
- DE-A02-10000 : bateri 10,000 mAh, pengecasan pantas 30W berharga RM129
- DE-A03-20000 : bateri 20,000 mAh, pengecasan pantas 45W berharga RM199
- DE-A06-10000 : bateri 10,000 mAh, pengecasan 30W berharga RM149

Powerbank jenis magnetik tanpa wayar bagi Siri B
- DE-B04-5000 : powerbank Qi2 tanpa wayar dengan bateri 5000 mAh dan pengecasan tanpa wayar 15W berharga RM179
- DE-B05-10000 : powerbank Qi2 tanpa wayar dengan bateri 10,000 mAh dan pengecasan tanpa wayar 15W berharga RM249
Ke semua model powerbank ini boleh dibeli bermula 15 September 2026 menerusi kedai dalam talian rasmi ELECOM di Shopee dan Lazada, serta kedai jualan yang disahkan ELECOM.
Semua produk Elecom mendapat kelulusan SIRIM serta MCMC bagi fungsi pengecasan tanpa wayar untuk pasaran Malaysia. Selain powerbank, Elecom turut memperluaskan rangkaian produknya seperti pengecas dinding AC dan juga kabel USB yang direka bersesuaian dengan pengguna untuk pasaran Asean.






