Ini Adalah Telco Paling Telus Dan Fleksibel Pernah Kami Temui

Ya, ini bukan main-main.Pada penghujung tempoh langganan anda, Tapp akan membeli semula baki kuota yang masih tinggal pada kadar 65% daripada harga anda beli. Itulah ciri unik yang ditawarkan Tapp, satu perkhidmatan prepaid yang baru.

Ciri unik yang lain adalah anda boleh membeli kuota Internet mengikut keperluan kerana tiada apa-apa pelan Internet disediakan. Misalnya, dengan RM30 anda boleh mendapatkan 10.10GB data tapi dengan sah sehari ataupun panjangkan sehingga 30 hari untuk beroleh 5.00GB data.

Semasa membeli kuota, anda juga boleh menetapkan berapa nisbah data dan suara yang diperlukan. Contohnya, RM30 untuk 30 hari tempoh sah menyediakan anda dengan 2.5GB dan 200 minit waktu berbual jika pembahagian 50%:50% dibuat.

Kuota boleh digunakan pada mana-mana apps tanpa halangan. Tapi, anda mesti mengaktifkan VPN Tapp untuk menggunakan perkhidmatannya. Ia hampir menyamai model telco Ookyo yang dilancarkan Maxis tak lama dulu.

Untuk membuat panggilan, satu lagi app perlu dimuat turun iaitu tapp connect. Menggunakan teknologi VoIP, anda boleh berbuat panggilan walaupun tiada SIM di dalam telefon anda.

Tapp beroperasi menggunakan rangkaian Digi 4G+ dan dimiliki oleh Digi Telecommunication Sdn. Bhd. Setakat ini, ia hanya boleh digunakan di peranti Android sahaja, belum ada lagi di iOS.

Apa tunggu lagi, cuba tapp hari ini dan terima RM3.00 kredit percuma sejurus mendaftarkan diri. Muat turun aplikasi Tapp di Google Playstore.

[Sumber: tapp, 2]

BACA  Tambah nilai prabayar dikecualikan dari SST bermula 6 September