Malware Ditemui Dalam 60 APP Android, Sekurang-Kurangnya 3 Juta Dikhuatiri Terdedah

Sekumpulan pengkaji daripada Check Point Software Technologies memberi amaran tentang penemuan malware dalam 60 APP di Google Play Store. Daripada jumah itu, kebanyakannya adalah APP games yang dimainkan kanak-kanak. Digelar “AdultSwine“, malware ini akan melakukan salah satu daripada tiga perkara ini pada anda:

  • Memaparkan iklan berunsur lucah (Ads)
  • Memaksa anda memasang apps antivirus palsu (Scareware)
  • Memaksa anda melanggan perk hidmatan berbayar (Premium Service)

Ads

Apabila pengguna selesai memasang APP yang dijangkiti, kod yang terselindung dalam APP itu akan menghubungi pelayan (server) pengodam untuk menentukan cara manakah perlu diorak daripada salah satu cara iaitu Ads, Scareware ataupun Premium Service.

APP ini bijak, ia tidak akan dipaparkan pada aplikasi yang sering anda gunakan seperti APP sosial Facebook misalnya atau APP browser seperti Chrome untuk mengelak daripada dikesan.

Ini contoh iklan yang akan dipapar.

Scareware

Satu mesej untuk menakutkan pengguna akan dipaparkan. Contohnya, ia mungkin memberitahu anda yang telefon sudah dijangkiti virus sambil menawarkan antivirus percuma untuk dipasang.

Penggguna yang berpengalaman sudah tentu dengan mudahnya mampu mengelak taktik ini. Tapi jika pengguna itu anak-anak ataupun pengguna yang kurang pengalaman bagaimana?

Premium Services

Taktik ini hampir serupa dengan Scareware tapi ia menawarkan perkhidmatan premium untuk dilanggan. Contohnya, ia memberitau pengguna telah memenangi hadiah utama satu pertandingan dan diminta memasukkan nombor telefon untuk memudahkan proses penghantaran hadiah.

Setakat ini, sudah 60 APP dikesan mengandungi malware seperti yang dinyatakan di atas. Sungguhpun sudah dibuang oleh pihak Google daripada senarai APP dalam Play Store, pengkhianat sudah tentu akan menghasilkan APP lain untuk memancing mangsa.


Anda boleh rujuk senarai 60 APP di bawah.

BACA  3 Fungsi Baru Ini Bakal Mantapkan Pengalaman Spotify Anda

[Sumber: Check Point]